Zakat...
Assalam'ualaikum
wbr
Zakat adalah hak Allah S.W.T yang wajib dikeluarkan oleh
individu muslim untuk diagihkan kepada orang-orang tertentu.mereka
yang berhak menerima zakat ialah asnaf yang lapan iaitu
fakir,miskin,amil,muallaf,hamba sahaya,orang yang berhutang
kerana mendamaikan dua pihak yang bergaduh,orang yang
berjuang ke jalan Allah S.W.T dan musafir yang diharuskan
oleh syarak.
Kalimah zakat berasal dari bahasa Arab.menurut syarak
ia bererti mengeluarkan sebahagian (kadar tertentu),seperti
yang telah ditetapkan oleh syarak dengan syarat-syarat
tertentu.Zakat sebagai rukun Islam.Sesiapa yang mengingkari
kewajipannya boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar
dari Islam.Manakala zakat yang telah memenuhi syarat-syaratnya
wajib ditunaikan jika tidak dilakukan adalah berdosa dan
boleh menyebabkan sebuah masyarakat itu ditimpa bala dan
azab.
Hikmat
dan kelebihan zakat apabila ditunaikan,kebaikan akan kembali
kepada diri sendiri.masyarakat dan negara.Diantaranya
Allah S.W.T menjelaskankan melalui firmanya yang bermaksud
:
"Pungutlah
zakat dari sebahagian harta mereka untuk dijadikan sedekah
supaya denganya engkau dapat membersihkan mereka (dari
dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)dan
doakanlah untuk mereka keranas sesungguhnya doamu itu
menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah
amat mendengar lagi amat mengetahui."
Marilah
kita tunaikan kewajipan zakat supaya kita tergolong dalam
golongan orang yang bersih jiwanya serta dapat membangunkan
masyarakat dan negara amnya...!
Rasulullah
s.a.w bersabda :
"
Tidak sempurna iman seseorang dari kamu,kecuali jika mencintai
saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri "
|