MEREKA YANG CERDIK IALAH....
Mereka
yang cerdik bukanlah mereka yang pandai melepaskan diri
dari ditangkap selepas melakukan sesuatu jenayah, bukan
juga mereka yang berjaya mendapat 'A' di dalam semua mata
pelajaran di dalam sesuatu peperiksaan, bukan juga mereka
yang mampu mencipta virus baru yang berjaya merosakkan
sistem komputer di seluruh dunia, bukan juga pakar-pakar
yang memiliki ijazah kedoktoran di dalam bidang sains
tetapi meragui kewujudan Tuhan Pencipta alam dan bukan
juga mereka yang berjaya menjadi jutawan serta memiliki
seribu satu kesenangan dan kemudahan di muka bumi ini.
Sebaliknya
mereka yang cerdik ialah mereka yang sentiasa bersiap
sedia untuk
menghadapi akhirat. Nabi s.a.w. telah bersabda:
"Orang
yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung
diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan
selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut
hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan
Allah tanpa beramal salih." (Tarmuzi)
|