Ketibaan
Bulan Ramadhan...
Umat
Islam akan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan
yang penuh dengan keberkatan serta mengandungi hikmahnya
yang tersendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama mengucapkan
''Marhaban Ya Ramadhan". Marhaban menggambarkan suasana
penerimaan tetamu disambut dan diterima dengan lapang
dada dan penuh kegembiraan. "Marhaban Ya Ramadhan"
(selamat
datang Ramdhan) mengandungi erti bahawa kita menyambut
Ramdhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan dan tidak
dengan keluhan.
Rasulullah
sendiri sentiasa menyambut dgn gembira setiap kali kedatangan
Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya
sambil bersabda : "Sungguh telah datang
kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah
memfardukan atas kamu puasanya. Didlm bulan Ramdhan dibuka
segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan
dibelenggu
seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yg lebih baik
dari 1000 bulan.
Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam
itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."
(Hr.Ahmad)
Marhaban
Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu kerana kita
mengharapkan agar jiwaraga kita diasah dan diasuh, utk
melanjutkan perjalanan menuju ke pangkuan Allah. Perjalanan
kpd Allah itu dilukiskan oleh ulama salaf sbg pengalaman
yg penuh ujian dan rintangan. Ada gunung yang harus dihakis.
Itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam dan
ganas pula perjalanannya tetapi apabila tekat tetap membaja
sebentar lagi akan nampak cahaya terang-benderang dan
saat itu akan nampak dengan jelas rambu-rambu jalan, nampak
tempat-tempat yang indah utk berteduh serta telaga-telaga
jernih utk melepaskan dahaga. Apabila perjalanan dilanjutkan
akan ditemukan kenderaan Ar-Rahman utk menghantar musafir
bertemu dengan kekasihnya.
Untuk
sampai pada tujuannya, tentu diperlukan bekalan yg mencukupi.
Bekalan itu
adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di
dalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja utk memerangi
nafsu agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan
solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadat kepada
Allah melalui pengabdian untuk agama.
Melangkah
masuk gerbang puasa, bererti memasuki gerbang pertapaan
dan latihan.
Oleh itu, sudah semestinya sebelum melangkahkan kaki kita
perlu menyiapkan diri
serta menyediakan bekalan yang perlu. Bekalan serta latihan
yg perlu disediakan ialah :
*
mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa, agar apabila
kita memasuki dan
menjalani ibadah puasa itu dengan pengetahuan yang diperbaharui
dengan
mempunyai pedoman yang baik dan petunjuk yang sempurna.
*
memperlihatkan kegembiraaan dan ketenangan jiwa dalam
menghadapi bulan puasa,
sebagaimana dilalui Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.
* Memperbanyakkan doa semoga Allah memberikan tenaga,
kelapangan dan kesempatan
mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah mentaufikkan
kita supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang
jujur dan tulus ikhlas, jauh daripada perasaan ria, ujud,
sumah dan segala penyakit yang menghilangkan pahala puasa.
Kata
Al Mualia ibn Fadlil: "Para sahabat membahagi tahunnya
kepada dua bahagian. Bahagian pertama, mereka menggunakannya
untuk memohon kepada Allah agar menerima.puasa yang dilaksanakan.
Bahagian kedua, mereka menggunakan nya utk berdoa, memohon
dan mengharap kepada Allah agar memberikan tenaga dan
kekuatan untuk melaksanakan puasa yg akan datang itu."
(Lathaiful Ma'rif 156)
*
Menguatkan semangat untuk menjalankan latihan dengan sempurna,
agar kita memperolehi kesan-kesan yg diharapkan daripada
berpuasa itu. Bulan puasa itu adalah bulan latihan jihad,
memerangi hawa nafsu serta tamak haloba.
Bulan puasa itu juga adalah bulan bercucuk tanam untuk
AKHIRAT, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian,
bulan membersihkan dan mensucikan diri daripada pelbagai
dosa serta menghias diri dengan budi pekerti yang ti nggi.
Oleh itu, kita perlu menyiapkan diri bagi
menunaikan segala hak puasa.
*
Menyediakan diri utk menjaga benih-benih amalan yang kita
tanam pada bulan Ramadhan. Ini adalah kerana jika seseorang
menanam benih, tidak menyiraminya dan tidak menjaganya
dengan baik, akan mengeluh dan menggigit jari ketika menuai
kelak iaitu ketika dihadapan ALLAH SWT
*
Membuang adat tradisi yang memberatkan. Kita dapati sebahagian
besar umat Islam menanti kehadiran bulan puasa dengan
memberatkan diri dalam urusan pembelanjaan. Pelbagai barangan
dibeli untuk menyambut puasa.
Seorang
ulama Salaf menjual jariahnya kepada seorang saudagar
hartawan, maka ketika jariah itu melihat betapa besar
himmah tuannya yang kaya raya itu dalam menyediakan makanan
puasa, dia bertanya kepada tuannya itu; "Untuk apakah
tuan menyediakan makanan ini, selama yang
sudah-sudah, tuan tidak sesungguh ini mendari dan mengumpulkannya?"
Saudagarhartawan itu menjawab,
"Untuk
bulan puasa yang sedikit hari lagi akan tiba".
Mendengar jawapan tuannya, jariah itu berkata, "Kiranya
tuan tidak pernah berpuasa selain
daripada puasa bulan Ramadhan dan kiranya tuan mengadakan
puasa Ramadhan itu untuk bersedap-sedapan dan membanyakkan
makanan, saya tidak dapat bersama tuan, sudilah kiranya
tuan menjual saya kembali kepada tuan saya yang dahulu."
(Lathaiful Ma?rif 155)
Memberatkan
diri dan boros berbelanja kerana puasa adalah keadaan
yang tidak sekali-kali disukai syarak. Syarak menyuruh
kita membanyakkan memberi makanan kepada fakir miskin
dan memenuhi dengan sempurna hak keluarga, bukan menyuruh
kita membanyakkan makanan pada bulan puasa ini.
Itulah
bekalan serta latihan yang perlu kita laksanakan bagi
menyambut kehadiran Ramadhan.
Bekalan
serta latihan itu sewajarnya membantu kita melaksanakan
ibadat puasa dengan penuh nikmat serta memenuhi kehendak
agama Islam.
Rasulullah
mempunyai tatacaranya tersendiri ketika menyambut Ramadhan.
Pertama
: Baginda memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Ini
dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari
dari Aisyah yang bermaksud:
"Adalah
Rasulullah saw kadangkala terus menerus berpuasa, hingga
kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah berbuka dan
kadangkala terus berbuka hingga kami mengatakan bahawa
baginda tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya
tidak pernah melihat Rasulullah SAW.menyempurnakan puasa
sebulan penuh selain bulan Ramadhan dan saya tidak pernah
melihat baginda banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan
Syaaban."
Kedua:Mengadakan
ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menyambut Ramadhan.
Pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasulullah berceramah
di hadapan golongan sahabat utk menerangkan keutamaan
dan keistimewaan bulan Ramadhan.
Diriwayatkan
oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman yang bermaksud:
"Rasulullah
SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah dihadapan
kami. Maka baginda bersabda: 'Sungguh telah datang kepadamu
bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah
mewajibkan kepadamu puasa-Nya . Di dalam bulan Ramadhan
dibuka segala pintu syurga
dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh
syaitan. Padanya ada satu malam yang terlebih baik dari
1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan
malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari
kebajikan."
Telah
datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan,
maka "Selamat datanglah" kepadanya. Wahai manusia!
Sesungguhnya kamu akan sentiasa dinaungi oleh bulan yang
sentiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah
menjadikan puasanya satu kewajipan dan qiam pada malam
harinya suatu tatawwu?.
Barang
siapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan
kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yg menunaikan
sesuatu fardu pada bulan lainnya.
Ramadhan
itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu pahalanya adalah
syurga.
Ramadhan itu adalah bulan yg memberikan pertolongan dan
bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya.
Barangsiapa
memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa,
yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan
kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang yang memberikan
makanan itu akan memperoleh pahala seperti yang diperoleh
orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada
orang yang memberikan walaupun sebutir kurma, atau seteguk
air atau sehirup susu.
Dialah
bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan
dan akhirnya kemerdekaan daripada neraka.
Barangsiapa
yang meringankan beban seseorang (membantunya) nescaya
Allah mengampuni dosanya.
Oleh
itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan Ramadhan.
Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Allah dan dua
perkara lagi kamu sangat menghayatinya. Dua perkara yg
pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan
melainkan Allah dan mohon ampun kepadanya.Dua
perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga
dan perlindungan daripada neraka.
Barang
siapa memberi minum orang yang berpuasa,nescaya Allah
memberi minum kepadanya daripada kolam-Ku dengan sekali
minum, dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga
dia masuk ke dalam syurga.
Berdasarkan
hadis ini maka sudah sewajarnya ketika mengakhiri bulan
Syaaban untuk memasuki bulan Ramadhan, kita mengadakan
pertemuan atau ceramah bagi memberi panduan kepada masyarakat
iaitu apa yang perlu dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan
kelak.
Ketiga:
mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan
Ramadhan.
Diriwayatkan
oleh Ahmad dan An Nasa-i dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah
sentiasa menggembirakan kalangan sahabat atas kedatangan
bulan Ramadhan.
Rasulullah menggembirakan kalangan sahabat dengan hadisnya
yang bermaksud : "Sesungguhnya telah datang kepadamu
bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahmu
berpuasa didalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala
pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu
segala syaitan."
Berdasarkan
penerangan hadis ini, perlulah kita mengucapkan tahniah
sebagai tanda kegembiraan menyambut bulan yang berbahagia
ini.
Kita
perlu memberi ucap selamat ke atas kedatangan bulan yang
dibuka didalamnya segala pintu syurga dan ditutup segala
pintu neraka, serta dibelenggu segala syaitan.
Justeru bagi menyambut kehadiran Ramadhan ini kita berusahalah
mengikuti segala garis panduan yang dinyatakan. Semoga
kehadiran bulan Ramadhan ini akan memberi cahaya keimanan
yang lebih terang buat kita semua.
|