TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA ALLAH...
Seorang
ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita
hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau
tidak..? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,...kita
tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat
pada tanda-tandanya iaitu:
1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan
di dalam
dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang
yang solih
dari mendekati mereka-mereka yang fasik.
3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan
gembira,
sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan
azab
Allah.
4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan
menunaikan
kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak
sibuk
meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini
namun ia tetap
melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk
akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa
sedikit.
6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah
dan
ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam
keadaan
sedih dan menyesal.
TUJUH KEMUNGKINAN JIKA ANDA TERLALU BAKHIL
Petikan dari kata-kata Saiyidina Abu Bakar r.a yang bermaksud,
Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas
salah satu
dari tujuh kemungkinan ini iaitu:
1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang
zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan
hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
2. Allah akan menimpakan keatasnya bencana dunia seperti
berlaku
kebakaran, kecurian, banjir, tenggelam dalam tanah dan
sebagainya.
3. Setelah ia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi
oleh
mereka-mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat
dan kemungkaran.
4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan
sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu
bagi mengubati
penyakitnya.
5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu
ia sendiri
terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi.
6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan
di atas tanah yang rosak, yang mengakibatkan hartanya
sendiri musnah.
7. Allah s.w.t meninggikan syahwatnya sehingga ia sendiri
yang akan
memusnahkan
MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH DAN RASULNYA
Bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya: Enam jenis golongan
manusia yang
Aku kutuk dan Allah s.w.t, juga turut mengutuk dan pada
hari kiamat.
Allah tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasihan
terhadap mereka itu ialah:-
1. Orang yg menambah maksud tafsiran Al Quran. (Takwil
yg menyimpang)
2. Orang yang mendustakan kepada takdir Allah s.w.t.
3. Orang yang berkuasa tetapi takbur, dia memuliakan orang
yang dihina
dan sebaliknya menghina orang yang memuliakan Allah.
4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan
oleh Allah di
Tanah Haram.
5. Orang-orang dari ummatku yang menghalalkan sesuatu
yang telah
diharamkan oleh Allah.
6. Orang-orang dari ummatku yang meninggalkan sunnahku.
BINATANG HURAISY MEMBURU 5 JENIS MANUSIA
Diriwayatkan pada hari kiamat kelak akan keluar saekor
binatang dari
neraka yang bernama Huraisy. Panjangnya ialah antara jarak
langit dan bumi manakala lebarnya pula ialah antara timur
dan barat. Setelah ia keluar maka Malaikat Jibril a.s
pun bertanya: Wahai Huraisy!.....Kamu hendak kemana dan
kamu mahu mencari siapa?.Jawab Huraisy. Aku mencari lima
jenis manusia iaitu:-
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang menderhaka terhadap kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka meminum arak.
5. Orang yang suka bercakap di dalam masjid mengenai hal-hal
dunia.
PETIKAN UNGKAPAN BERHIKMAH
UNGKAPAN BERHIKMAH DARI NABI ISA A.S
Bermula hayat kita di dunia ini hanya buat 3 hari sahaja
iaitu:
1. Hari yang telah berlalu (semalam) maka tidak ada lagi
kesempatan
bagimu untuk mendapatkannya semula.
2. Pada esok harinya pula kamu tidak tahu sama ada kamu
berpeluang
untuk menikmatinya atau tidak.
3. Oleh itu hari yang mana kamu berada di dalamnya maka
manafaatkan ia
dengan sebaik mungkin.
Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 saat iaitu:
1. Saat yang telah pun berlalu (semalam).
2. Saat yang kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang
untuk menemuinya lagi atau tidak.
3. Oleh kerana itu saat yang mana kamu berada di dalamnya
maka
hendaklah kamu pergunakan dengan sebaik mungkin kerana
kamu tidak memiliki masa kecuali satu saat sahaja, sedangkan
kematian pula
dari saat ke saat semakin menghampiri diri kita.
Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 nafas
iaitu:
1. Nafas yang telah pun berlalu dimana kamu berpeluang
menyedut udara anugerah Allah.
2. Nafas untuk esok hari yang kamu masih tidak tahu sama
ada kamu
berpeluang untuk menyedutnya lagi atau tidak.
3. Nafas yang mana kamu sedang berada di dalamnya dan
kamu tidak
memiliki kecuali satu nafas itu sahaja, serta tidak ada
satu hari
atau satu saat pun. Oleh kerana itu kamu mestilah segera
menafaatkan nafas yang satu ini sebelum ianya hilang.
Bertaubatlah
pada kesempatanan yang kamu ada ini sebelum ajal datang
menjemputmu. Amalan yang paling baik dengan menjaga semua
waktu, sedangkan kita masih lagi bernafas dan sesungguhnya
mereka-mereka yang mensia-siakan waktu sebenarnya telah
merugikan umur mereka sendiri.
UNGKAPAN BERHIKMAH DARI SAIDINA ABU BAKAR R.A
Sesungguhnya berdiri iblis di depanmu, jiwa berada di
sebelah kanan mu,
nafsu disebelah kirimu, dunia berada di belakang mu, semua
anggota tubuh berada di sekitar diri mu, sedangkan Allah
'Azzawajalla berada diatas mu. Maka menghasutlah iblis
laknatullah kepada mu agar meninggalkan agama mu..jiwa
mendorong mu ke arah maksiat, nafsu mendorong mu agar
memenuhi tuntutan syahwat, sedang dunia mengajak mu agar
memilihnya dari akhirat anggota tubuh mu meminta agar
kamu melakukan sebanyak mungkin dosa dan Allah menghendaki
kamu supaya memasuki syurga serta mendapatkan
keampunanNya.
Sesiapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama
dari dirinya. sesiapa yang menuruti ajakan jiwanya maka
hilanglah darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang megikuti
tuntutan nasfunya maka hilanglah akal dari dirinya. Sesiapa
yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat
untuknya. Sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya
maka hilanglah syurga untuk dirinya tetapi sesiapa yang
memenuhi pelawaan Allah 'Azzawajalla maka sesungguhnya
akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan serta ia akan
memperolehi segala kebaikan.
KATA-KATA ULAMA
Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga
orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu
tentang urusan agama mu, maka orang itupun menafaatkan
ilmunya kepada mu. Kedua ialah orang yang engkau sendiri
menafaatkan ilmu agama mu kepadanya, lalu ilmu itu diterima
daripada mu dan diamalkannya. Ketiga orang yang engkau
tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau
|