TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN...
Solat
tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya
tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga
dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik
dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah
S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini
sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam
Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat
Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan
pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi
S.A.W. mengenai perkara ini.
TIDUR
DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya
manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga
lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para
saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di
Department of Human Sciences, England University of Technology
yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur
malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi
kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi
biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia
perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam
adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja.
Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut
kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan
bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana
kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu
diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak
memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih
hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan
demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian
jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa
hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk
( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan
mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh
latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao,
Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga
mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir'
dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari
rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang
tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari
itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha,
Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.
PENDAPAT
AHLI SASTERA BARAT
BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai
kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang
cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka,
mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and
deep but I have promises to keep and miles to go before
I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap
dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan
dahulu sebelum saya tidur." "The heights by
great men reached and kept were not attained by sudden
fight. But while their companions sleep were toiling upwards
in the night." - Longfellow Maksudnya " Pencapaian
kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati
serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut
malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak
tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan
waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud.
Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari
mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia
sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak
akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan.
Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental
kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain
lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan
pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di
atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga
terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan
kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran
darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting
dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen
itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit
dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia
yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut.
Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen
ini.
RAHSIA
PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba
kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara
kasar, pada mula kita berdiri tegak
( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan
tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada
kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan
otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan
membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut
dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus
ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher,
tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula,
seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot
kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan
otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa
banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah
itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita
sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam
gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan
sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut,
punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk -
pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat.
Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal
peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam
kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher
tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara
tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa
dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan
memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga
boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang
orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah
s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia
ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar."
Moga Ada Manfaat
Oleh :mohd haikal amri mohd ismal
|