Kelebihan
bulan Sya`ban.
(Dari
Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman
Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban,
baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas
segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan
Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman
nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh
Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud
a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban,
dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan
(terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan
daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya
di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan
sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan
dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi
oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan)
dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan
Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan
Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali
sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya
yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya
lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga
ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya
terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih
afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan
-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala
Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya
seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan
Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah
atas segala makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu
Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk
Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul
Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril
kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit,
itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu
rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada
menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang
nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka
terhadap ibubapa.(Al-hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada
malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya
melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan
saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka
berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah,
dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah
orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah
orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang
yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah
pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung,
binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada
hari nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh
pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka
datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,
katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah
ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada
menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah
s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala
pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan
terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama
malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada
malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada
langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang
yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat,
malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada
malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa
ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat
menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan
pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat
menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan
permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan
malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka
diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai
bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril
menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi:
Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki
perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab
(bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak
memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula
bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak
bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya.
Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga
untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan
Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid)
walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan
daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur,
mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la
orang benar siddiq (orang yang benar).
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu
sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang
dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah
s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya,
Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang
yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah
orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah
orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan
bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan
orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya
kepada saudaranya. (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan
aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku
izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam
nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya,
sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati),
lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku
di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah
aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar
beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa
Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada
kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada
kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga
memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau).
Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud.
(Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada
umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya
400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa
a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan
aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan
syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah
(berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam
Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam
Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya
malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa
sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir
daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam
ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab
doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma
Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul
Husna yang amat mustajabkan doa padanya.
Amalan
pada malam Nisfu Sya`ban.
Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi
baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan
umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali
keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang
halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya
pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam
iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
|