Renungan - Siapakah orang itu?
Siapakah
orang yang sombong
Orang
yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi
tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu
Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah
segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali
jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah
orang yang telah mati hatinya
Orang
yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk
melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan
namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk
bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya
Orang
yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu
lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan
menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa
tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah
orang yang kuat
Orang
yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya
ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah
orang yang lemah
Orang
yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan
di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya
akan kemungkaran
itu.
Siapakah
orang yang bakhil
Orang
yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya
untuk
membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta
Orang
yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti
akan
kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran
daripadanya.
Siapakah
orang yang tuli
Orang
yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran
yang baik
namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan
Nabi Sulaiman
a.s.
Siapakah
orang yang manis senyumanya
Orang
yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di
timpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir
senyuman.
Siapakah
orang yang menangis airmata mutiara
Orang
yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang
sedang
bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal
akan
dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah
orang yang kaya
Orang
yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang
ada dan tidak
loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah
orang yang miskin
Orang
yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang
ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah
orang yang pandai
Orang
yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari
kematiannya
kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah
orang yang bodoh
Orang
yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat
tenaga untuk
dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah
orang yang maju dalam hidupnya
Orang
yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah
orang-orang yang mundur hidupnya
Orang
yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan
akan
halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah
orang yang gila itu
Orang
yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana
hanya dua
syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan
sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman
akalnya.
Siapakah
orang yang rugi
Orang
yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah
orang yang selalu ditipu
Orang
yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa
kematian
itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah
orang yang paling cantik
Orang
yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak
yang baik.
Siapakah
orang yang mempunyai rumah yang paling luas
Orang
yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang
mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata
memandang.
Siapakah
orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit
Orang
yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah
orang yang mempunyai akal
Orang
yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari
siksa
neraka.
|