Bersedia
menghadapi kematian...
Adab
menziarahi orang sakit
*
Menziarahi orang sakit hukumnya sunat muakkad menurut
jumhur ulama
sedangkan menurut Imam Bukhari, hukumnya wajib. Rasulullah
s.a.w amat
menyukai amalan ini dan ini dapat dilihat melalui banyak
Hadis. Harus juga
menziarahi pesakit tanpa mengira kaum dan agama.
* Disunatkan meletakkan tangan di tempat yang sakit sambil
membaca
'Bismillah...' dan mendoakan si sakit supaya cepat sembuh
dan umurnya
panjang.
* Jangan menyebut penyakit orang lain yang sama seperti
penyakitnya hingga
menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyakitkan
hati pesakit.
* Bawalah buah tangah untuk menghiburkan hati pesakit
* Sesuaikan wantu berziarah. Jangan berziarah setiap hari
(kecuali pesakit
menghendaki demikian) tetapi seelok-eloknya berselang
hari
* Zahirkan rasa simpati terhadap pesakit dan cuba hiburkan
hatinya
* Tidak perlu duduk terlalu lama ketika berziarah kerana
ini mungkin
menyusahkan pesakit yang ingin berehat
* Nasihatkan dia supaya bersabar
Adab menziarahi orang sakit tenat (Islam)
*
Sunat membaca surah Yasin di samping orang yang sedang
tenat untuk
meringankannya sesuai dengan hadis riwayat Ma'qal bin
Yasar, katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Yasin adalah jantung
al-Quran. Seseorang yang
membacanya kerana mengharap rahmat Allah dan negeri akhirat,
maka diampuni
dosanya. Oleh itu bacakanlah ia kepada mayat kamu."
(Yang dimaksudkan dengan
'mayat kamu' di sini ialah orang yang hampir mati kerana
hukumnya sudah sama
dengan orang yang sudah mati).
* Elakkan daripada berbuat bising
* Waris hendaklah sentiasa berada di sisi pesakit
* Sunat ditalqinkan dengan kalimah "La ila ha illallah"
ke telinganya dengan
lembut. Jangan terlalu sering diulang-ulang (maksudnya,
jangan disebut
bertubi-tubi supaya dia tidak menolaknya kerana bosan)
selama dia tidak
menyebut perkataan lain (jika dia mengucapkan perkataan
lain selepas
mengucap kalimah syahadah, ajarkan lagi supaya kalimah
itu yang terakhir
diucapkannya sebelum meninggal dunia, supaya dia lepas
daripada neraka. Ini
disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Kasir bin
Marrah, daripada
Muaz bin Jabal, katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "sesiapa
yang akhir
perkataanya kalimat La ila ha illallah, akan masuk syurga."
Tak perlulah memaksa orang yang sedang nazak itu mengucapkan
kalimah
tersebut secara penuh. Jika dia hanya sekadar menyebut
"Allah" pun sudah
memadai.
*Disunatkan agar pesakit yang sedang nazak itu dibaringkan
dengan
memiringkan ke kanan dan menghadapkan mukanya ke arah
kiblat. tetapi jika
sukar untuk melakukannya, hadapkan sahaja mukanya ke kiblat
dengan
meninggikan kepalanya dengan bantal.
* Disunatkan agar mengingatkan kepadanya supaya berbaik
sangka dengan Allah
dan mengharapkan pengampunanNya serta berdoa agar dimatikan
dalam keadaan
beriman kepada Allah swt.
* Titiskan air ke tekaknya sedikit demi sedikit (jangan
sampai tersedak)
atau basahkan bibirnya dengan air (kalau dia sudah tidak
boleh menelan air
lagi). Ini kerana ada riwayat mengatakan bahawa orang
yang sedang menghadapi
sakaratul maut itu mengalami kehausan yang amat sangat,
seolah-olah air satu
lautan pun tidak dapat melegakan dahaganya. Dan pada ketika
inilah dikatakan
iblis datang menggoda si sakit dengan membawa air tetapi
mensyaratkan si
sakit mengaku sebagai pengikutnya jika berkehendakkan
air tersebut.
Saidina Omar al-Khattab pernah berkata: "Hadirlah
di tempat orang yang
hampir mati, dan ingatkanlah mereka akan kalimah La ila
ha illallah kerana
mereka nampak apa yang kamu tidak nampak."
Tanda-tanda mati
Riwayat
daripada Saidina Uthman bin Affan (r.a.), katanya: Nabi
s.a.w
bersabda: "Perhatikanlah orang itu menjelang wafatnya.
Apabila kedua belah
matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan membesar dua lubang
hidungnya,
bererti rahmat Allah telah turun. Tetapi apabila dia mendengkur
seperti
orang tercekik, tubuhnya pucat, mulutnya bertambah lebar,
bererti seksa
Allah telah turun kepadanya."
*
layu kedua-dua belah telinga dan hidung (sebelum nazak)
* kedua-dua tumit menjadi lembut, hidung menjadi bengkok,
alis mata semakin
hilang, kulit muka menjadi tegang
* tulang pinggang rapat ke lantai
* keluar peluh dan air mata, menandakan orang Mukmin itu
mendapat kabar
gembira tetapi berasa malu kerana dia sedar dosa yang
dilakukannya. Itu juga
satu petanda dia mendapat rahmat Allah.
* seluruh badan kejang kerana roh sedang bergerak keluar
daripada jasad
* mata yang terbuka kerana mengikut roh yang keluar daripada
jasad
Selepas
kematian
*
Kematian perlu disahkan oleh doktor perubatan - jika terdapat
keraguan
mengenai sebab kematian, jenazah akan diarahkan dihantar
ke hospital untuk
bedah siasat
* Perlu dilaporkan kepada polis untuk mendapat permit
pengkebumian.
* jangan memandikan jenazah sebelum mendapat permit. Ini
adalah untuk
mengesahkan kematiannya
* waris/ahli keluarga perlu berbincang untuk persiapan
memandi dan
mengapankan jenazah
* dapatkan tukang mandi jenazah
* tentukan tanah perkuburan
* dapatkan kenderaan jenazah
Yang
perlu dilakukan segera terhadap orang yang baru meninggal
dunia
*
Tutupkan perlahan-lahan mata dan mulutnya, jika terbuka
* sapu minyak, usap dan urut seluruh anggota dan sendi-sendi
mayat khususnya
pergelangan tangan, siku, paha, lutut dan kaki sebelum
urat-urat itu menjadi
keras. Ini bagi memastikan keseluruhan sendinya lembut
dan mudah dimandikan
* Bersihkan mayat daripada najis dan kekotoran terutama
jika dia sudah sakit
terlantar begitu lama
* salin semua pakaiannya termasuk pakaian dalam dengan
kain yang dapat
menutup seluruh anggotanya. jaga auratnya kerana dia juga
malu.
* Ikat dagu dan pergelangan kakinya. Kemudian tutup mayat
dengan kain
* Hadapkan mukanya ke arah kiblat (tinggikan kepalanya
dengan menggunakan
bantal)
* sunat diletakkan sesuatu yang keras di atas perut mayat
(tetapi jangan
letak al-Quran) supaya perut tidak masuk angin dan membesar
(takut menjadi
fitnah)
4 perkara wajib dilaksanakan untuk jenazah orang Islam
*
Dimandikan
* Dikapankan
* Disembahyangkan
* Dikebumikan
Keempat-empat
perkara di atas adalah fardu kifayah iaitu apabila telah
dilaksanakan oleh sebahagian orang (waris, jiran, rakan
dll), maka orang
lain terlepas daripada dosa.
Saya
rasa cukup dulu sampai di sini. InsyaAllah, jika Allah
memberikan saya
masa dan kesempatan serta idea, saya akan sambung pula
dengan penjelasan
ringkas mengenai keempat-empat perkara wajib tersebut.
Dan, seperti yang
saya sebut tadi, saya amat mengalu-alukan jika ada sesiapa
yang ingin
menambah mana-mana poin penting yang tertinggal atau membetulkan
mana-mana
bahagian yang saya tersilap. Semoga kita sama-sama dapat
memanfaatkan ilmu.
Yang
baik itu daripada Allah swt, yang kurang baik itu atas
kesilapan dan
kelemahan saya sendiri.
|