Petua Membina Keluarga Bahagia
Banyak
lagi sunnah Rasulullah saw yang boleh dilakukan oleh suami
isteri.
Antaranya pasangan suami isteri digalakkan mandi bersama-
sama. Untuk menambahkan kemesraan maka salinglah memandikan.Begitu
juga isteri yangberada dalam keadaan lemah seperti dalam
pantang selepas bersalin alangkah bahagianya jika dapat
dimandikan oleh suami. Walaupun perkara ini ringan tetapi
ia perlu diwujudkan supaya kasih sayang berkekalan.
Dari Aisyah ra,"Aku berulangkali mandi bersama Rasulullah
dari satu
bajana. Tidak lebih daripada aku menuangkan air tiga kali
tuang di atas
kepala aku."Selain mandi bersama, suami isteri juga
digalakkan
membersihkan diri bersama2 termasuklah mencukur bulu ari2,
menggunting misai dan memotong kuku bersama2.
Membelai antara satu sama lain
Setelah beberapa tahun berada di alam perkahwinan jarang
suami isteri yang suka pandang memandang. Sedangkan sebelum
berkahwin dahulu pandang memandanglah yang menambat rasa
cinta mereka. Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya
seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan
isterinya juga membalas pandang kepadanya, maka ALLAH
telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika
seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah
semua dosa mereka berdua dari celah2 jari mereka berdua"
(Riwayat Tarmizi) Suap-menyuap juga membawa kesan romantis
jika dipraktikkan dalam hubungan suami isteri.Namun semuanya
ini makin dilupakan bila jejak ke alam rumahtangga. Perkara2
yang tidak bersalahan dengan syarak tidak salah diamalkan
jika ia membawa kebahgiaan. Antara lain yang boleh dilakukan
bersama oelh suami isteri - menyikat rambut suami atau
isteri. Dari Aisyah ra berkata "Pernah aku menyikat
rambut Rasulullah saw." Ucapan manja, lemah lembut
diiringi dengan ciuman. Sabda Rasulullah saw:"Hendaklah
ia mendahului dengan lemah lembut dengan kata-kata dan
ciuman."
Bersukan
Bersukan juga elok dilakukan bersama2 keluarga. Islam
amat
menganjurkan umatnya supaya bersukan. Rasulullah saw sendiri
pernah berlumba lari dengan Aisyah. Jika tidak mampu melakukannya
diluar rumah, cukuplah melakukan senaman ringan di dalam
rumah untuk beberapa minit.
Itu sudah memadai sebagai ubat untuk melegakan ketegangan
dalam
rumahtangga. Fikiran yang cergas berpunca dari badan yang
sihat.Terlalu banyak ibadah yang boleh dilakukan bersama
oleh suami isteri. Contohilah rumahtangga Rasulullah saw.
Sesungguhnya apa yang iamalkan oleh Rasulullah saw dalam
rumahtangganya itu merupakan jaminan kebahagiaan
|