Penghulu Istighfar
Allahumma
anta rabbi laa ilaaha rabbi. Laa ilaaha illa anta kholaqtani
wa ana abduka wa ana ala ahdika wawa'dika mastatha'tu
'audzubika min syarri ma shana'tu 'audzu bika min syarri
ma shana'tu, abu u laka bini'matika 'alayya wa abu-u bidzan
bi faghfirlii fai-nahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta".
Maksudnya : "Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak
ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku
dan aku adalah hambaMu dan aku senantiasa di atas perintahMu
(kekuasaanMu) dan perjanjianMu sekadar keupayaanku (kemampuanku),
aku berlindung denganMu dari kejahatan perbuatanku, aku
mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku
dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya
tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan
Engkau". (Diriwayatkan oleh Bukhari)
Antara fadhilat membaca Penghulu Istighfar adalah:
(i)
Dari Syaddad bin Aus ra. dari Rasulullah saw. bersabda:
Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……".
Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang
dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga
siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu
masuk syurga.
(ii)
Bagi mendapatkan syafaat dan ganjaran darpada Allah swt.
dengan membaca zikir. Zikirullah bermakna kita ingat kepada
Allah swt. Melatih diri dengan berzikir baik di dalam
hati mahupun secara lisan, di waktu berjalan mahupun berdiri,
baring mahupun duduk akan membuat hati kita sebagai hambaNya
berasa seolah-olah mempunyai hubungan langsung terus kepada
Allah swt. dengan jiwa yang suci dan tawadhuk / dhi'ah.
Menyuburkan
sifat dan sikap rendah diri dan pasrah kepada Allah swt.,
kita akan dapat mencegah penyakit takabur dan juga ujub.
Tawadhuk itu adalah sifat hati yang terpuji (mahmudi).
Sifat ini membawa kemuliaan dan kemenangan. Hamba Allah
swt. yang bersifat sedemikian akan mendapat kedudukan
serta darjat yang tinggi di sisi Allah swt.
Rasulullah
saw. bersabda yang bermaksud: Allah tidak akan memberi
tambahan kepada seorang hamba kerana gemar memberi maaf
kecuali kemulian dan tiada seorang pun yang merendahkan
diri kerana mengharapkan keredhaan Allah kecuali Allah
akan memberi tingkat yang tinggi kepadanya (Diriwayatkan
oleh Muslim)
(iii)
Zikirullah itu juga mengandungi kekuatan sebagaimana firman
Allah swt. "...demi furqan, sesungguhnya ia mengandungi
kekuatan di sisi Kami..."
(iv)
Zikrullah juga dapat menghantarkan seorang hamba menjadi
dekat kepada Allah swt., cinta kepada syariatNya dan dapat
menolong untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt.
dalam segala bentuk ibadah yang tidak terhitung jumlahnya
Antara
waktu-waktu kita digalakkan membaca Penghulu Istighfar
itu adalah:
(i)
Pada malam Nisfu Syaaban, baik bagi diri kita sendiri
mahupun bagi untuk kedua ibu bapa kita
(ii)
Selepas kita melakukan solat sunat taubat
|