Memagari diri dari sihir
Di
bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh
di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat
tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak
mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang
anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan
gangguan
syaitan.
Pagar
Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan
bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh
mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa
jenis tamar yang adasupaya menepati sabda Rasulullah S.A.W.
yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji
tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan
racun atau sihir yang
terkena pada hari itu". (Riwayat al Bukhari.)
Pagar
Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang
muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslimyang berwuduk
akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana
diperintahkan oleh Allah S.W.T.kepada
mereka.
Sabda
Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad
ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya
tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu
sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat.
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun
sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa
hambaMu ini kerana
dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'
(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)
Pagar
Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan
seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil
lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk
mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia
akan berjaya
merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut
riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu
yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga
orang, nescaya
akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan
solat berjemaah.
Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang
menyendiri dari
puaknya.
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).
Pagar
Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan
diri dari
sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun
bersolat malam
boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri
seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang,
maka dirinya adalah
tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas
hasil
perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu
Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu
tentang
perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan
tidak mengerjakan
solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam
telinganya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim).
Pagar
Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di
dalam tandas
Tandas
adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan.
Oleh itu ia
akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang
ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas.
Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah
memasuki tandas
dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian
dia telah dirasuk
oleh syaitan.
Apabila
Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas,baginda akan membaca
doa
perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama
Allah. Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran
dan gangguan
syaitan".
Riwayat
al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari
gangguan
syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar
Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas
majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas
ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya
Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang
telah Engkau
selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya
dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah
isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan
perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila
dia telah
melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka
melakukan tipu
daya."
(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).
Pagar
Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat
al Kursi dan
berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam
satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah
berkata
kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat
al Kursi sebelum
tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala
syaitan
sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu
pagi''.
Rasulullah
S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau,
walhal ia sendiri
sememangnya penipu."
(Riwayat al Bukhari).
Sekian
wassalam.
|