Menangis
yang dituntut syariat
Kata
ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi
oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.
Menangis
adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai
Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka
memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di
hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang
kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis
airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan
api neraka di hari akhirat kelak.
Dalam
sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata
dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih
disukai Allah dari tasbih para wali. Rasulullah s.a.w
juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan
rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan
rasa takbur."Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah
s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya
itu: " Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang
aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak
menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat
menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.
Hari
ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan
mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul
dan sahabat.Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana
mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis
kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya
dari sifat tamak dan tidak redha.Kalau orang soleh takut
berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang
hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika
para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi
akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut
menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi
gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah
hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.
Menangis
dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang
dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat?
Inilah sebenarnya kegagalan yang total...jadi kalau perkara
ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya.
Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih
disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan
airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam
|