LIMA SIFAT MANUSIA MENGHADAPI KESUSAHAN DAN KESENANGAN...
Musibah
dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar
manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah.
Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam
menghadapi kesusahan musibah,malapetaka, kesenangan dan
kenikmatan.
1.Ada
golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka
itu datang-nya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata
gempa bumi,banjir, hama,kebakaran, angin taufan, semua
itu adalah bencana alam,alamiah dan bukan dari Tuhan.
Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih
kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian
sembuh,miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti
sembuh,miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti
itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan
dan rahmat dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan
beriman)sama sahaja kepada mereka,sama ada engkau beri
amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran,mereka
tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah
meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada
penutupnya,dan bagi mereka pula disediakan azab seksa
yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7)
2.
Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam
keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah
kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah
dan malapetaka,mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang
dan puasa ditinggalkan. Firman Allah SWT: "Dan diantara
manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian
yang tidak tetap,iaitu kalau ia beroleh kebaikan,senanglah
hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa kesusahan
berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya) (Dengan sikapnya
itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat,itulah kerugian
yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk
yang lain dari Allah,yang tidak dapat membahayakannya
dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, itulah
kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12)
Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan,dia akan
berasa sombong,kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan
sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan
untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya
semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar.
Firman Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan.
Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang
yang sangat berputus asa.lagi sangat nyata kesan putus
harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah
Fussilat 41-49)
"Dan demi sesungguhnya!Jika Kami rasakan manusia
sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik
balik pemberian itu daripadanya,kedapatan dia sangat-sangat
berputus asa,lagi sangat-sangat tidak bersyukur."
(SuraH Hud 11:9)
3.Golongan
ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan,
musibah, mala petaka,kemiskinan mereka mengingat Allah
Tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila seseorang
manusia ditimpa kesu-sahan, merayulah ia kepada Kami (dalam
segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau
berdiri dan manakala Kami hapuskan kesu-sahan itu daripadanya,ia
terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah
merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan
yang menimpa." (Yunus 10:12)
4.
Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi
kenikmatan lupa kepada Allah,tetapi apabila ditimpa musibah
ingat Allah. "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada
manusia,berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur)
dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia berdoa merayu
dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51) Dia tidak
mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila
ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut,mereka
sibuk memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya.
Sebelum itu tidak pernah ada orang yang mengaji Al-Quran
dirumahnya.
5.
Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh
keyakinan. Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur
dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta
atau kesusahan dia tetap bersabar. Imannya,ibadahnya dan
akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun
susah.
Demikianlah lima sifat golongan manusia dalam menghadapi
ujian dari Allah.Kebanyakan mereka mengelabah dan akhirnya
tewas dalam ujian dari Allah.Bahkan kebanyakan merasakan
bahawa apa yang berlaku pada dirinya bukan dari Allah,
dan dengan itu mereka lupa memohon pertolongan Allah,berlindung
denganNya.Bahkan mereka menyingsing lengan,mengerah tenaga
dan hawa nafsu untuk menghadapi ujian tersebut.
EMPAT
GOLONGAN MANUSIA
Sedarkah kita bahawa jika direnungkan ada empat golongan
manusia dalam hubungan dengan masyarakatnya:
1.Orang yang baik,tetapi kebaikan itu hanya untuk dirinya
sendiri sahaja.
2.Orang yang jahat,tetapi kejahatannya merosakkan dirinya
sahaja.
3.Orang yang baik dan berusaha agar orang lain juga baik.
4.Orang yang jahat dan selalu berusaha merosakkan orang
lain dalam masyarakat.
Kata pepatah,jika kita tak boleh menjadi garam yang boleh
menyelamatkan ikan dari busuk,maka janganlah menjadi lalat
yang merosakkan ikan. Kita digolongan mana? Jika kita
tak boleh berbuat baik dalam masyarakat,janganlah rosakkan
orang lain yang berbuat baik pada masyarakat.
>>apalah
erti cinta tanpa pengorbanan<<
Oleh
:Badar
|