KELEBIHAN TARAWIKH...
Malam
1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama
sepertimana ia
baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam
2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang
terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang
beriman).
Malam
3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan
sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan
dosa engkau.
Malam
4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang
yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam
5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang
di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam
6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat
yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf),
serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya
Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam
7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta
menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun
dan Hamman.
Malam
8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih
sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim
‘Alaihissalam.
Malam
9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya
seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam
10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan
di dunia dan di akhirat.
Malam
11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa
seperti ia baharu dilahirkan.
Malam
12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya
(cahaya ibadatnya).
Malam
13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada
tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam
14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih,
serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam
15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat
dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam
16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas
daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam
17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada
malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam
18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah
telah
redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup
atau mati)
Malam
19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam
Syurga Firdaus.
Malam
20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang
mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam
21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada
nur.
Malam
22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap
dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara
di Padang Masyar).
Malam
23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar
di
dalam
Syurga daripada nur.
Malam
24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud)
Malam
25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam
26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada
malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam
27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti
kilat menyambar.
Malam
28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala
1000 darjat di akhirat.
Malam
29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala
1000 kali haji yang mabrur.
Malam
30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang
berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,
lalu
berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan
yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."
|