HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG.
Dalam
kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang
di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik
sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW
di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang
yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu
mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga
sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan
dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam
dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan
hadis di atas,
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka
sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi
pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan
mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa
yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka
sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu
dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa
di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga
seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga
berselisih tulang-tulang dada;
2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit
dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti;
dan
3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul
Aqra" dan ular itu
berkata, "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana
engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul
dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul
dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan
sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan
sembahyang Asar, begitulah
seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu
Isyak dan
seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
CUAI SOLAT LIMA WAKTU
Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya
adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya
sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit
orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup
mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan
mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan
mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit
lagi dan begitulah seterusnya.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang
sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka
yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup
menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang
kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya
ia akan
menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa.
Dosa itu bermakna
kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah
seksa di neraka kelak.
Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita
dijemput Allah,
perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan
dan
memperbanyakkan
amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati
Allah. Semoga mati
kita
di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan
dosa kita.
Jangan
berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak
mana dosa yang kita
lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh,
insyaallah akan
diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun.
Namun kalau dosa itu
ada
kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang,
mengumpat, menceroboh
harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada
orang berkenaan di
samping
memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk
menghindarkan diri
dari
seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh
menbuat kebaikan
dan
menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.
Wallahualam bissawab.
|