Khusyuk Solat
Seorang
ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya
kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya
lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu
dirasainya kurang khusyuk.
Pada
suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama
Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah
caranya tuan solat?".
Hatim
berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk
zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana
wudhuk zahir dan batin itu?"
Hatim
berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh
semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin
ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1.
Bertaubat
2.
Menyesali dosa yang telah dilakukan
3.
Tidak tergila-gilakan dunia
4.
Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5.
Tinggalkan sifat berbangga
6.
Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.
Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya
Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri
dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan
dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah
kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan
pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
dan mengangg ap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir
bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap
bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya,kemudian
aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan
penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila
Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.
|