JADUAL
HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00
pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah
DIA
mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.
Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan
hari itu. Mandi dan
membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian
yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.
4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat
kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah
baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah
baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan
memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat
kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah
baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah
baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan
berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana
ALLAH
Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi
1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas
11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan
di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana
ALLAH
Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir
1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan,
rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH
ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima ramalan kita,
memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca
Al-Quran
atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh
berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang
atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan
doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA.
Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya
atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab.
Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja
yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala
kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana
ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau
membaca
Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa
walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang
menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat
seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang
tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat
Zohor
berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud.
Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai
berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar
dapat menyembahNYA.
4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai
berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar
dapat menyembahNYA.
5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai
tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah
sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang
mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah
kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah
aku
beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka
puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum
air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah
itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat
Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan
sekalipun
kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan
penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan
bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya),
cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali
sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya
dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku
berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku
, tahun ini
kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa
sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur
adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH
ketika tidur.
|