Soal Jawab - Isu Janggut...
Assalamualaikum
dan salam sejahtera ke atas kamu,
Terima
kasih atas pertanyaan saudara. Satu persoalan yang perlu
dikupas dengan cara yang baik dan bijak. Janggut adalah
sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Apa-apa jua amalan Nabi adalah
sunnah dan umat Islam digalakkan untuk meniru amalan Nabi
ini.
Manusia
diberikan oleh Allah Taala nafsu dan salah satu elemen
nafsu ialah untuk meniru perbuatan dan perlakuan idola-idola
mereka. Contohnya, remaja sekarang banyak meniru cara
berpakaian dan fesyen orang barat. Kenapa mereka berkelakuan
seperti begitu? Inilah yang menjadi persoalannya. Mengapa
Nabi Muhammad s.a.w yang kita menyebut dalam syahadah
kita tiap kali bersolat iaitu Aku naik saksi tiada tuhan
yang disembah selain Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah pesuruh Allah, kita tidak
mahu meniru amalan Nabi Muhammad yang kita akui pesuruh
Allah. Jelas kebanyakan manusia zaman kini tidak menjadikan
Nabi Muhammad itu sebagai idola mereka. Inilah persoalan
yang harus dijawab oleh masyarakat Islam seluruhnya.
Pertanyaan
saudara yang kedua, Nabi naik unta mengapa kita tak naik
unta.
Begitulah kesimpulan pertanyaan saudara. Saudaraku, apa
yang dikatakan sunnah Nabi ialah amalan beliau bukan material
atau peralatan. Dunia memang berubah dari sehari ke sehari
sampai mereka menggelarkan dunia semakin
moden. Tapi amalan Nabi iaitu sunnah tetap terpelihara
ke akhir zaman.
Contoh memang Nabi menaiki unta tetapi sebelum naik unta,
Nabi Muhammad sentiasa membaca doa sebelum memulakan perjalanan.
Begitu juga dengan zaman sekarang, unta telah berubah
menjadi kereta, tapi bacaan doa perjalanan yang diamalkan
oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah tetap dan tidak berubah
dan inilah bentuk amalan atau sunnah Nabi bukannya peralatan
atau kenderaan
tersebut.
Tentang
persoalan Mazhab, saudaraku. Hadis Nabi ada yang sahih
dan ada yang sebaliknya. Tahukah saudara, bilakah hadis
Nabi itu diriwayatkan. 400 tahun selepas Nabi Muhammad
s.a.w wafat. (Sila betulkan penulis sekiranya penulis
silap). Maka disini terdapat pelbagai pandangan dan pendapat.
Perlu saudara ingat, perbezaan pendapat dan pandangan
adalah satu rahmat. Tetapi jikalau terdapat hukum yang
jelas, maka ia adalah perkara yang mutlak dan tidak
boleh dipertikaikan. Adakah saudara ingin mempertikaikan
hukum Allah Taala sekiranya ia telah jelas maksudnya?
Tentu saudar tidak mahu bukan?
Tentang
mempelajari sesuatu ilmu, penulis rasa kita perlu mempelajari
dengan orang yang berilmu juga. Kalau nak mendapatkan
ilmu Agama, adakah saudara rasa kita pergi ke disko, bar
atau sebagainya, kita boleh mendapat ilmu tersebut? Belajarlah
dengan orang yang telah terbukti kewibawaannya. Bukan
semua tok guru tu mempunyai kepentingan selain dari kepentingan
Allah s.w.t. Penulis percaya apa yang to guru itu lakukan
adalah mengikut sunnah Nabi iaitu "sampaikan pesanku,
walaupun satu ayat..." Biasanya orang yang
menjaga adab dan agamanya, senantiasa dirahmati oleh Allah
s.w.t. Percay alah, jika saudara ke masjid dan melihat
Tok Imam serta tok bilal , pasti ada dikalangan hamba
Allah itu yang saudara rasa sejuk apabila melihat raut
wajahnya. Percayalah cakap penulis ini. Sabda Nabi Muhammad
s.a.w. iaitu "tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad"
Bagaimana pula nak tuntut ilmu
kalau takde guru? Soalan ini cuba saudara fikirkan.....
Sebenarnya,
dalam isu ini terdapat segelintir masyarakat Islam yang
menyatakan hukum mencukur janggut ini adalah haram. Penulis
disini hanya memberi pandangan mengenai hukum itu adalah
sunat mengikut apa yang penulis tahu dan belajar selama
ini. Tidak timbul persoalan riak disini kerana penulis
sendiri mengamalkan penyimpanan janggut. Kalau ya, mesti
penulis menyokong rencana tersebut. Simpan janggut bukan
memastikan atau memberi
jaminan umat Islam itu masuk Syurga. Dan tak simpan janggut
juga bukan jaminan ke Neraka. Yang penting ialah amalan
kita disisi Allah s.w.t. Penulis juga rasa masyarakat
Islam tidak boleh memandang muslimin yang menyimpan janggut
itu sebagai orang alim. Ini kerana hanya Allah s.w.t yang
layak memberi status samada kita beriman atau tidak kepadaNya.
Penulis
harap saudara dapat memahami isu ini dengan lebih jelas.
Maaf
sekiranya kenyataan penulis mengguris perasaan saudara.
Penulis mendoakan kesejahteraan untuk saudara dan keluarga.
Sekadar
renungan,
|