Pesanan
Imam Ghazali
Semoga
artikel ini dapat menambahkan lagi rasa cinta dan takut
kita terhadap
Allah ...... InsyaAllah...
Manusia
tidak pernah lepas dari melakukan maksiat....Oleh yg demikian
marilah kita sama2 sentiasa berdoa agar Allah mengampun
kan dosa2 kita...
JAUHI
MAKSIAT ZAHIR
IMAM GHAZALI rahimahullah berkata bahawasanya agama itu
terbahagi kepada dua. Pertamanya meninggalkan maksiat
yang ditegah dan satu bahagian lagi adalah mengerjakan
segala yang disuruh.
Lazimnya,
berbuat taat dan menurut segala yang disuruh itu adalah
lebih mudah berbanding dengan meninggalkan perkara yang
dilarang. Kerana itulah Nabi SAW bersabda, “Orang yang
berhijrah itu adalah seorang yang meninggalkan kejahatan
dan orang yang berjihad ialah seorang yang memerangi hawa
nafsunya.” Individu yang berbuat maksiat adalah mereka
yang
mengkhianati Allah dan mengkufuri nikmat yang dianugerahkan-Nya.
Ini kerana
anggota tubuh badan adalah satu nikmat dan amanah Allah
kepada hamba-Nya.
Sekiranya hamba tersebut menggunakan anggota itu kepada
perlakuan maksiat, ia telah menyalahi fitrah kejadiannya
sendiri. Di waktu inilah seseorang itu
menjadi kufur terhadap nikmat Allah.
Oleh
itu, hendaklah setiap individu muslim menjaga sungguh-sungguh
seluruh anggota badannya terutamanya anggota yang tujuh
iaitu memelihara MATA, TELINGA, LIDAH, PERUT, KEMALUAN,
TANGAN dan KAKI. Ini kerana neraka Jahannam
itu terdiri dari tujuh pintu dan tidak terhumban ke dalamnya
anak Adam
melainkan maksiat anggota yang tujuh itu.
MATA
yang dianugerahkan Allah untuk melihat dan memimpin anggota
tubuh yang
lain wajib dielakkan dari melihat empat perkara. Peliharalah
mata dari
melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan, melihat
gadis remaja
dengan iringan syahwat, melihat kepada sesama muslim dengan
pandangan yang
menghinakan dan melihat segala keaiban orang lain.
TELINGA
yang berfungsi untuk mendengar sesuatu harus dicegah dari
mendengar
segala perkataan bid’ah yang menyimpang dari ajaran agama,
mendengar
umpat-mengumpat dan kata-mengata, mendengar perkataan
yang keji dan juga
mendengar perkataan yang batil dan
sia-sia.
LIDAH
diciptakan oleh Allah untuk berkata-kata. Maka hendaklah
ia digunakan
mengikut fungsinya yang benar. Janganlah sampai ia diseleweng
dengan
menuturkan kalimah dusta walau untuk tujuan bergurau-senda,
mengumpat,
menfitnah, bertengkar dan mengucapkan segala perkataan
kotor. Rasulullah SAW
bersabda, “Sesungguhnya dusta itu satu pintu dari sifat
munafik.”
Tetapi dalam keadaan tertentu kita harus berdusta, misalnya
untuk
mendamaikan dua orang yang berkelahi atau suami-isteri
yang bergaduh, yang
mana tidak mungkin mereka dapat didamaikan kecuali dengan
berdusta. Begitu
juga dengan mengumpat. Mengumpat dibenarkan jika membawa
maslahah (kebaikan)
yang meliputi pada enam keadaan :-
1.
Mendedahkan kejahatan penjenayah supaya dihukum pemerintah
atau
mendedahkan kezaliman pemerintah supaya dihukum oleh rakyat.
2.
Mendedahkan perbuatan mungkar seseorang supaya dia meninggalkan
maksiat
tersebut.
3.
Mendedahkan kezaliman seseorang untuk menuntut hakdan
keadilan.
4.
Mendedahkan kefasikan dan kezaliman seseorang kepada orang
yang belum mengetahuinya bagi mengelakkanmereka bersahabat
dengan si fasiq atau si zalim itu.
5.
Memperkenalkan seseorang yang tidak dikenali melainkan
dengan menyebut keaiban yang ada pada dirinya.
6.
Menyebut akan sifat keji orang yang masyhur dengan kezaliman,
kefasikan atau kejahatannya.
Selain
dari enam situasi di atas, kita dilarang sama sekali dari
mengumpat
walau apa yang dikata itu ada kebenarannya. Dalam hal
ini, Rasulullah SAW
bersabda, “Jangan mengumpat sebahagian kamu akan sebahagian
yang lain.
Adakah sebahagian kamu suka memakan daging
saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu benci.”
PERUT
pula hendaklah dipelihara dari memakan yang haram dan
yang syubhah
(tidak jelas antara yang halal dan haram). Ini kerana
makanan yang kita
makan akan menjadi darah daging. Rasulullah SAW bersabda,
“Setiap daging
yang tumbuh dari makanan yang haram maka neraka adalah
lebih utama
untuknya.”Rasulullah SAW turut bersabda lagi, “ Ibadat
dan ilmu yang
disertai dengan memakan rezeki yang haram seperti membina
rumah di atas
himpunan najis.”
Seterusnya,
Imam Ghazali mengingatkan kita agar menjaga KEMALUAN dari
segala
yang diharamkan ke atasnya oleh Allah. Hendaklah ia dipelihara
sebagai mana
firman Allah, “ Dan mereka yang memelihara akan kemaluan
mereka melainkan ke
atas isteri mereka atau ke atas hamba sahaya mereka, meka
sesungguhnya
mereka tiada dicela.”
TANGAN
turut harus dijaga dengan sebaik-baiknya dari memalukan
dan
menjatuhkan maruah sesama Islam. Ia juga janganlah digunakan
untuk mencapai
tujuan yang jahat atau menyuruh berbuat yang haram.
Manakala
kedua KAKI pula hendaklah dipelihara dari melangkah ke
tempat-tempat maksiat yang ditegah oleh syarak. Dan juga
kedua kaki itu
hendaklah dikawal dari menghadap pemerintah yang zalim
tanpa sebarang
keadaan darurat yang mendesak.
Begitulah
nasihat Imam Ghazali didalam kitabnya yang agung, ‘ Bidayatul
Hidayah.’ Sesungguhnya di akhirat nanti segala anggota
tersebut akan memberi
kesaksian di atas apa yang dikerjakan di muka bumi ini
sebagaimana firman
Allah di dalam Surah Ya-Siin, “
Pada hari Kami kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan
mereka memberitahu
Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang
telah mereka
usahakan.”.
|