Ibadah
IBADAH
UTAMA YANG SERING DIABAIKAN
Aisyah
r.a. telah berkata: “Sesungguhnya kamu telah melupakan
ibadah yang pailng utama iaitu wara."(Ihya Ulumuddin
bab ‘Keutamaan Yang Halal dan Kejelikan Yang Haram' 2:527).........
Wara bermaksud: ‘menjauhkan diri dari sesuatu yang dilarang
oleh agama.’
IBADAH
DITOLAK TANPA WARAK
Dari
Abdullah ibn Omar r.a.: “Sesungguhnya jika kamu bersolat
sehingga badanmu menjadi melengkung seperti busur panah
dan berpuasa sehingga kamu menjadi kurus kering seperti
anak panah, ia tidak akan diterima melainkan dengan warak
yang mendinding."................ Warak bermaksud:
‘menjauhkan diri dari sesuatu yang dilarang oleh agama.’
(Dari Ihya Ulumuddin bab ‘Keutamaan Yang Halal dan Kejelikan
Yang Haram' 2:527)
SAAT
ORANG BERILMU MENJADI BODOH
Muslim
bin Yassar telah berpesan: "Peliharalah dirimu dari
asyik berbantah-bantahan kerana itulah saat orang berilmu
menjadi bodoh. Pada saat itulah syaitan berusaha agar
dia tergelincir."................
(Dari Ihya Ulumuddin bab ‘Bahaya Lidah' 4:303)
SUAMI
YANG BAIK - BUKAN HANYA PANDAI CAKAP AGAMA
Seorang
lelaki telah bertanya kepada Imam Hasan Al-Basri berhubung
sifat-sifat lelaki yang baik yang boleh dijadikan menantunya.
Berkata Iamam Al-Hasan: “Pilihlah lelaki yang bertakwa
kepada Allah kerana apabila dia mencintai isterinya dia
akan memuliakannya dan ketika dia memarahi isterinya dia
tidak akan menganiayainya.” ............... (Dari Ihya
Ulumuddin bab ‘Adab Nikah' 2:410)
BINATANG
BUAS DI DALAM DIRI
Ibn
Thaus berkata: "Lidahku umpama binatang buas. Apabila
aku lepaskannya, dia akan membaham diriku." Imam
Hasan Al-Basri pula telah berpesan: "Tidak memahami
agama mereka yang tidak menjaga lidahnya." ...............
(Dari Ihya Ulumuddin bab ‘Bahaya Lidah' 4:289)
|