HADIAH DARI ISRAK MIKRAJ...
Assalamualaikum,
bersama-sama ini ana sertakan beberapa petikan tentang
kelebihan bulan Rejab. Tepat pada malam 27 Rejab, terjadinya
satu peristiwa yang amat luar biasa lagi bersejarah bagi
umat Islam iaitu Peristiwa Israk Mikraj.
Israk Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan
beserta jasad dan rohnya. Banyak hikmah dalam peristiwa
Israk dan Mikraj yang menggemparkan itu. Dalam kejadian
Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w. diisrakkan oleh Allah
dari Masjidil Haram di Makkatul Mukaramah ke Palestin
dengan mengenderai buraq bersama Malaikat Jibrail.
Kemudian dari Masjidil Aqsa, nabi s.a.w. diMikrajkan dengan
menjelajahi tujuh lapis langit hingga sindratul Muntaha
bahkan ke Mustawa. DAlam perjalanan Mikraj inilah Nabi
dapat melihat banyak tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t.
Di sana Nabi s.a.w. berdailog dengan Allah s.w.t. dan
Allah s.w.t. menghadiahkan suatu perkara untuk dibawa
pulang oleh nabi s.a.w., iaitu perintah SOLAT LIMA WAKTU
untuk nabi sampaikan pada umatnya. Peristiwa Israk Mikraj
berlaku selepas terjadinya tahun dukacita kerana pada
tahun itu Rasulullah s.a.w. mendapat musibah secara berturut-turut
dua insan yang amat disayangi dan tempat bergantung iaitu
isterinya dan pamannya.
Kehilangan
kedua-dua insan ini memberi tamparan hebat kepada Nabi
s.a.w. Dan merasakan tugas menyeru penduduk Makkah kepada
Islam tidak mampu dilanjutkan lantaran begitu hebat tentangan
yang baginda terima.
Baginda berangkat ke Thaif selepas merasa ruang untuk
memgembangkan dakwah di Makkah begitu sukar dan berharap
penduduk Thaif akan menerimanya sekali gus membantu perjuangannya.Namun
tanpa diduga, bukan saja tidak sudi menerima seruan bahkan
mendapat pelbagai cemuhan dan dilontarkan dengan batu
sehingga muka dan tubuh baginda luka hingga baginda jatuh
pengsan. Baginda mengadu mengenai kelemahan dan kekurangan
tenaganya dalam menghadapi orang kafir. Sesungguhnya Allah
Maha mengetahui dan sekiranya Nabi ingin membalas perlakuan
jahat orang Thaif terlaksana tapi Nabi s.a.w. tidak bersifat
pendendam.
Atas
tujuan menghiburkan Nabi dan memantapkan lagi iman baginda
maka Allah menghantar malaikat Jibrail bersama kenderaan
Buraq untuk menjemput Nabi meneui-Nya untuk diperlihatkan
tanda-tanda kebesaran-Nya dan meperteguhkan iltizam baginda
dalam meyebarkan risalah-Nya. Dalam perjalanan Israk Mikraj,
pelbagai keadaan atau kejadian diperlihatkan kepada baginda.
Semuanya menggambarkan fenomina yang pasti akan terjadi
keatas umat baginda kelak. Segala gambaran yang sebenarnya
menjadi teladan kepada kita semua. Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim ada menceritakan hal ini, antaranya :
Nabi
s.a.w. menemui suatu kaum yang bercucuk tanam menuai hasilnya
pada hari yang sama. Ini menggambarkan mereka yang berjihad
pada jalan Allah, diperggandakan suatu kebajikan hingga
700 kali ganda.
Nabi
s.a.w. melihat suatu kaum yang menghempapkan kepala mereka
dengan batu besar dan sehingga kepala pecah dan ia pulih
seperti sediakala. Mereka melakukan tanpa rasa penat.
Inilah gambaran orang didunia malas dan berat kepalanya
untuk menunaikan solat.
Ada
kaum yang perut besar seperti rumah. Setiap kali mereka
cuba bangun, mereka terjatuh. Ini adalah gambaran orang
yang memakan riba. Ada kaum yang mengunting-guntingkan
lidahnya, dan setiap kali lidahnya putus, kembali pulih
semula. Ini gambaran ahli pidato yang membawa fitnah.
Banyak
lagi kejadian yang diperlihatkan kepada baginda. Semuanya
itu adalah pengajaran dan ingatan orang muslim. Sebelum
dimikrajkan, baginda sempat bersembahyang sunat bersama
Malaikat Jibrail dan ruh anbiya'yang Allah berkati sekelilingnya.
Dari masjid ini, Nabi s.a.w. terus di mikrajkan iaitu
dengan mejelajah tujuh lapis langit lalu sampai yang tertinggi
iaitu Sidratul Muntaha bahkan ke Mustawa.
Di
sinilah baginda bermunajat dengan Allah dan Allah memberi
hadiah yang mata bernilai untuk dibawa pulang kepada umat
nabi Muhammad s.a.w. yakni perintah solat lima waktu sehari
semalam. Umat Islam yang benar-benar mempercayai bahawa
Qiamat itu pasti datang dan setiap perbuatan itu akan
dipertanggungjawabkan, sewajarnya mengambil iktibar daripada
peristiwa israk mikraj yang menakjubkan itu Solat pula
adalah satu ibadat yang istimewa dan terpenting. Rasulullah
menerimanya secara langsung dari Allah sedangkan ibadat
puasa, zakat dan haji diwahyukan melalui Malaikat Jibrail.
Kesimpulannya,
peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi lautan hikmah yang
harus dikaji dan diteliti terutama betapa pentingnya solat
dalam kehidupan seseorang Muslim. Dengan solat, setiap
Muslim dapat berhubung dengan penciptanya lima kali sehari
dalam bentuk dialog langsung. Jika kita jauh tersesat
dan banyak melanggar larangan Allah, hentikanlah dengan
segera dan kembali melakukan pekerjaan kebajikan.
|