FADHILAT
RAMADHAN
Oleh
AHMAD SHUKRI YUSOFF
EKSEKUTIF
PENERANGAN KHAS
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
shukri@zakat.com.my
Sebab-sebab bulan Ramadan Diutamakan
· "Bulan Ramadan, yang diturunkan di dalamnya
Al Quran menjadi petunjuk kepada manusia." (Al Baqarah:
185)
·
Adanya malam Lailatul Qadar "Malam Lailatul Qadar
(malam penentuan) lebih utama daripada 1000 bulan."
(Al Qadr: 3)
·
Puasa sepanjang bulan Ramadan "Barangsiapa yang mengerjakan
puasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan kepada Allah
dan benar-benar mengharapkan keampunan, nescaya Allah
akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
·
Ibadat dalam bulan Ramadan "Barangsiapa yang membuat
satu kebajikan di bulan Ramadan akan dibalas sepuluh kali
ganda dan barang-siapa mengerjakan keburukan akan dibalas
menurut apa yang dibuatnya." (Hadis)
·
Membersihkan diri dengan mengeluarkan zakat fitrah "Rasulullah
saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan sebanyak
satu sa' (2.3 kg) kurma atau gandum kepada tiap-tiap orang
Islam merdeka atau hamba lelaki atau perem-puan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bulan Ramadan bulan yang penuh dengan berkat, rahmat dan
kasih mesra antara makhluk-makhluk Allah yang hidup di
bumi Allah ini.
Tingkatan
Puasa
·
Puasa Umum iaitu puasa mukmin yang masih melakukan perbuatan
maksiat kepada Allah SWT. Puasanya sangat mudah - tidak
makan, tidak minum, dan tidak melakukan perkara yang membatalkan
puasa. Tapi anggota lahirnya seperti mata, telinga, mulut,
kaki, tangan tidak berpuasa sama. Manakala hatinya bersarang
dengan sifat mazmumah - hasad dengki, pemarah, sombong,
riyak. Puasa ini tidak dapat memilahara diri dari kejahatan
nafsu dan syaitan. Rasulullah SAW bersabda; "Berapa
banyak orang yang berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa
daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga sahaja."
·
Puasa Khusus iaitu puasa orang soleh, berpuasa seperti
yang diperintahkan oleh Allah SWT, Dia juga dapat menahan
anggotanya dari melakukan dosa termasuk berjaya memelihara
hatinya daripada sifat mazmumah antaranya pemarah, sombong,
riyak, ujub, takabur, gila puji.
·
Puasa Khususul Khusus iaitu puasa orang yang hatinya hampir
dengan Allah. Berpuasa segala anggota lahir dan batin,
bahkan hatinya turut berpuasa daripada mengingati hal-hal
dunia. Hatinya sepanjang masa mengingati Allah. Ini adalah
bentuk puasa para nabi, rasul dan aulia.
Wasoya
Al-Rasul s.a.w
1.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan
diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari,
Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah
bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan
dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya
segala dosanya yang telah lalu.
- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan
Baihaqi-
3.
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah
S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa
yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan
diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
-
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad
dan Baihaqi-
4.
Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah
bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan
kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa
antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya
merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada
bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya
melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan
sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah
: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya:
Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami
tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah?
Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau
membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian
engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang
engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada
jamaah(Islam).
-Hadis
riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5.
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar
Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan
puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa
adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari
puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari
itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau
diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa
demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka
perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi
Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi
orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira
dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan
waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira
dengan puasanya.
-Hadis
riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah,
Ibn Habban dan Baihaqi-
Panduan
Amalan Pada Bulan Ramadan
TERAWIH
Solat
ini hanya boleh dikerjakan di bulan Ramadan sahaja. Hukumnya
- Sunnah muakkadah. Masanya - Setelah seseorang itu mengerjakan
solat fardu Isyak. Afdal (utama) dikerjakan berjemaah
di masjid. Boleh dikerjakan bersendirian sahaja.
Menurut hadis Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah maksudnya:
"Adalah Rasulullah saw sangat sukacita menganjurkannya
supaya beramal di malam-malam bulan Ramadan, hanya baginda
itu tidak menganjurkannya dengan keras. Baginda bersabda:
"Siapa yang menunaikan ibadat solat pada malam-malam
bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana
Allah nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang
lalu."
WITIR
Solat
witir (ganjil) boleh dikerjakan pada tiap-tiap malam dan
yang lebih afdal pada bulan Ramadan, bersendirian atau
berjemaah. Solat ini dikerjakan sekurang-kurangnya 1 rakaat
dan boleh dikerjakan 3 rakaat, 5 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat
dan sebanyaknya 11 rakaat.
Abu Daud dan an-Nasa'i telah meriwayatkan sebuah hadis
dari Abu Ayub yang maksudnya: "Rasulullah saw pernah
bersabda" Solat witir itu hak, siapa yang suka mengerjakannya
lima rakaat kerjakanlah, siapa yang suka mengerjakannya
tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya
satu rakaat sahaja pun kerjakanlah."
Niat witir dua rakaat: "Sahaja aku solat witir dua
rakaat menjadi makmum kerana Allah Taala." Niat witir
satu rakaat: "Sahaja aku solat witir satu rakaat
menjadi makmum kerana Allah Taala."
SOLAT
TAHAJJUD
Firman
Allah dalam surah al Isra' ayat 19 yang bermaksud: "Pada
sebahagian malam, bersolat tahajjudlah kamu sebagai satu
ibadat tambahan."
Niatnya: "Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat
kerana Allah Taala."
IKTIKAF
Iktikaf
ertinya berhenti seketika atau lebih di dalam masjid dengan
niat beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah.
Hukumnya sunat dan istimewa sesudah tanggal 20 Ramadan
hingga ke akhirnya. Aisyah ra meriwayatkan yang maksudnya:
"Adalah Rasulullah saw melakukan iktikaf sesudah
tanggal 20 Ramadan, hal ini menjadi amalan Baginda hingga
Baginda wafat." Niat Iktikaf: "Sahaja aku beriktikaf
dalam masjid ini kerana Allah Taala."
LAILATUL
QADAR
Firman
Allah dalam surah al Qadr ayat 1-3: "Kami telah menurunkan
al Quran pada malam Lailatul Qadar. Apakah malam Lailatul
Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu terlebih baik dari
seribu bulan..."
Para ulama berselisih pendapat tentang masanya Lailatul
Qadar. Pendapat yang terkuat sekali menyatakan malam Lailatul
Qadar jatuhnya pada malam-malam yang ganjil selepas tanggal
20 Ramadan iaitu: 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Pada malam-malam itu sangat eloklah kalau kita membanyakkan
ibadat seperti solat, membaca al Quran, berselawat, berzikir
dan memohon doa minta diampunkan dosa. Imam Ahmad Ibni
Majah dan Al Tarmidzi telah melaporkan sebuah hadis yang
diterimanya dari Aisyah: Bahawa Rasulullah telah mengajarkan
kepada-nya doa yang diucapkan pada malam Lailatul Qadar
iaitu: "Wahai Tuhanku, bahawasanya Engkau Tuhan yang
Maka Pemaaf, Engkau menggemari ke-maafan, maka maafkanlah
daku."
MENUJU
KESEMPURNAAN IBADAH PUASA
Matlamat
puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya,
bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam
Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah
puasa itu antara lain seperti berikut:
1)
Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan
kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama
dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati,
serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu
wa Ta'ala.
2)
Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong,
bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan
permusuhan dan mengucapkan kata-kata riya'.
3)
Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang
dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan,
haram pula didengarkan. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah
menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan
memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam
firman-Nya:
"Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong
dan memakan barang yang haram."
(Surah Al-Ma'idah: 42)
4)
Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada
membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang
dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan
yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya
berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian
bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang
yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang
membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan
sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).
5)
Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun
daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau
kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada perut yang penuh dengan
makanan yang halal.
6)
Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan,
kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, sehingga seseorang itu
digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah),
ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam
golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu
wa Ta'ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada
pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu
ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Oleh
kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan
sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu
bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya
serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan,
kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada
melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah
lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara
yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa
Ta'ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah
mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman
Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang
yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah: 183)
Moga
ada manfaat....
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK
|