Ibadat - Fadhilat bismillah...
Penyampai
: Ustazah Nasiyah
Iman
merupakan sendi utama bagi Muslim/! Muslimat. Ia diibaratkan
sebagai penyambung diantara satu tulang kepada tulang
yang lain.
Ibadat
ada 3 bahagian.
1. Hanya ibadat sahaja.
2. Beribadat hanya untuk cari keredhaan.
3. Beribadat banyak tetapi masih lagi rasa kurang.
Untuk
meningkatkan keutuhan iman supaya lebih mantap dan cekal,
banyakkan basahkan lidah dengan berzikir yang merupakan
makanan dan penyubur roh kita. Terdapat beberapa cara
untuk kita meningkatkan imanialah dengan berzikir sekurang-kurangnya
baca bismillah.
Fadhilat-fadhilat
bismillah -
1. Membaca Bismillahirahmannirhim (19 kali) sebelum keluar
rumah -
untuk melembutkan hati kita atau orang lain.
2. Baca Bismillah sebanyak (21 kali) sebelum tidur - mati
dalam
ketenangan/tidak terkejut, dapat menghindarkan malapetaka
bacaan
ini hendaklah dilafazkan senafas, insyallah, sekiranya
dilakukan
perkara diatas dengan izin Allah dapat menghindarkan perkara-perkarayang
dinyatakan.
3. Baca Bismillah sebanyak (100 x) 3 hari berturut-turut
tanpa putus.
(Fadhilatnya : Menyembuhkan segala penyakit termasuk penyakit
lalai dan lupa, Insya-Allah)
4. Baca Bismillah ketika masuk kerumah sebanyak (1 kali)
(Fadhilatnya: Insya-Allah rumahtangga akan bahagia)
Untuk
mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanallah
Ta'alauntuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan
isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib
untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah
:-
1.
Memberi/membuat segelas air untuk suami Fadhilat : mendapat
pahala puasa sunat 1 tahun
2.
Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami Fadhilat
: mendapat pahala haji dan umrah
3.
Perkhidmatan yang diberi pada suami Fadhilat : mendapat
pahala
yang tidak putus-putus
4.
Menghamilkan benih suami Fadhilat : mendapat pahala syahid
5.
Isteri mandi Junub dengan suami Fadhilat : pahalanya seperti
sedekah 1000 ekor kambing ! pada fakir miskin
6.
Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan
anak.
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna.
Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari
api neraka. Dan sekiranya isteri berkahwin lain suami
yg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan
isteri pada anak-anak berterusan dengan baik
7.
Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat: seolah-olah berzikir kpd Allah
8.
Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan
suaminya - terus masuk syurga.
Sifat/Hati
orang Mukmin.
1. Membaca, menghafal serta memahami kandungan Al-Quran.
2. Iltizam dengan apa yang disyariatkan.
3. Pelajari/Hayati kisah-kisah Nabi.
4. Ambillah tauladan.
5. Berdoa kepada Allah memohon keteguhan iman.
6. Berusaha sentiasa mengingati Allah dalam keadaan apapun.
7. Berusaha untuk mendapat keredhaan Allah.
8. Tuntutlah Ilmu.
9. Menyeru orang ke jalan Allah.
10. Dekatlah/berkawan dengan para-para ulama.
11. Yakin dengan pertolongan Allah/Islam adalah agama
yg benar.
12. Tahu hakikat kebatilan.
13. Bersifat yg baik/akhlak tinggi.
14. Minta wasiat/nasihat dari orang-orang Soleh.
15. Renungi kenikmatan Syurga/sentiasa mengingati
|