Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat
Telah
bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara
yang dipandang asing di enam tempat", iaitu :
Masjid
adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang
di dalamnya.
Al-Quran
adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
Al-Quran
juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik
(iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
Seorang
muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang
zalim, yang buruk perangainya.
Lelaki
muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang
hina, yang buruk akhlaknya.
Dan
orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu
mendengar nasihatnya.
Kemudian
Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah
SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan
pandangan kasihan."
|