CINTA
SEJATI
Seorang
hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui
Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan
seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap
masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih,
murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian
terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang
Tsauban terhadap dirinya.
Suatu
hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya
Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat
sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun
sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan
bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya
bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu.
Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala
saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau
paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga
langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu
lagi."
Mendengar
kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak
dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah
peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud
"Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya,
maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi
nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang
soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan
jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .
Tauladan
dari kisah ini:
Cinta
kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan
keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai
Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia
sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat
nanti.
Hati
yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu
yang teramat sangat jika tidak bertemu .
Pasangan
sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata
akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah
amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun
baginda sudah wafat.
Rasulullah
memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang
mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang
berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana
Allah.
|