Khasiat Buah Kurma
Buah
kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong
dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti
kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah
pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi
seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya
dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat
mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan
potasium.
Selain
kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma
bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya:
"Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak
mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah
kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan
protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus,
serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya
50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan
gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna
apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh
adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan
buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau
gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh
menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu
oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap
tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan
berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak
makan
selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada
si pemakan dan
ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang
maghrib atau
tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang
kita makan
berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka
kita makan terlalu
banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya
makanan yang
diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga
serta-merta
menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita
makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat.
Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan.
Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat
khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar.
Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak
dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh
untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source
atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan
laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan
potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam
tubuh
atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan
bagi yang
berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami
sembelit, lemah otot,
sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta
menguatkan
ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk
menguatkan ingatan,
sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak
tertentu
atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen
makan kismis dan
mempopularkan khasiatnya.
Kurma
diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah
s.w.t.
dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan
kerananya kebun
kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan
yang banyak,
dan sebahagiaannya kamu makan."
Diriwayat
oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat.
"Jika
sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada
terkena racun yang
dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi
Isa a.s. di bawah
pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam
menggegar pohon
kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan
kelahiran Nabi
Isa a.s.
Dalam
bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan
gula di dalam
kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.
Dalam
perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan
serbuk
seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai
jenis
penyakit.
Begitu
juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah
satu
penawar penyakit.
Melalui
petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk
menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga
seksual atau batin.
Jus
buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara
pengeluar
selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang
biji dan diganti
dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya.
Kurma juga
dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kita
seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan
puasa sahaja.
Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau
menggantikannya
makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat,
garam, lemak dan
gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.
WALLAHUA'LAM
|