Berbicaralah
Hanya Bila Perlu
Oleh
Hashim Hj. Ahmad
Lidah adalah salah satu daripada anggota badan yang penting
bagi manusia. Ini kerana lidah berfungsi untuk membantu
manusia ketika hendak makan dan minum. Selain daripada
itu, lidah juga merupakan jurubicara bagi seseorang. Melalui
lidahlah manusia berhubung dan berinteraksi sesama mereka.
Bidalan Melayu ada menyebut bahawa 'Lidah Tidak Bertulang'.
Ini bermaksud bahawa lidah seseorang itu akan terus bercakap
dan mengatakan apa sahaja sekiranya ia tidak dikawal oleh
tuan yang empunya badan.
Sebab itu lidah boleh membawa seseorang berada dalam keadaan
bahaya dan sebaliknya. Manusia adalah makhluk bermasyarakat.
Manusia tidak dapat hidup bersendirian. Mereka perlu bertolong
bantu antara satu sama lain. Apabila kita berkawan dengan
seseorang maka tanggungjawab lidah kita terhadap kawan
tadi perlu dijaga dan diawasi. Ada masanya kita perlu
diam dan ada pula ketika yang kita perlu bercakap apabila
berhadapan dengan kawan. Semuanya bergantung kepada pengetahuan
atau muslihat kita bercakap atau berdiam diri.
Di antara perkara yang perlu kita berdiam diri ialah tidak
memperkatakan tentang keaibannya baik pada masa orang
itu berada di hadapan atau ketika ia tidak bersama kita.
Seseorang yang sentiasa membicarakan tentang keaiban kawannya
tidak boleh dianggap sebagai kawannya yang sejati. Sebaik-baik
perlakuan yang perlu dilakukan oleh seseorang dalam menghadapi
situasi ini ialah dengan tidak mengambil tahu atau menganggap
jahil tentang keaiban dan kecacatan yang ada pada kawan
kita itu. Tidak ada faedah sedikit pun dan tidak ada makna
kita berkawan dengan seseorang sekiranya dalam masa yang
sama kita turut menjaja-jaja keaiban dan kecacatannya.
Anggaplah kecacatan tersebut hak peribadinya sahaja.
Kita juga perlu berdiam diri dan tidak digalakkan berlawan
cakap atau menjawab mulut dengan seseorang yang sentiasa
membicarakan tentang keaiban dan kecacatan kawan kita.
Seboleh-bolehnya, kita hendaklah menahannya dari bercakap
atau berusaha untuk mengalih tajuk perbualan kepada satu
topik yang lain. Jika kita tidak mampu berbuat demikian,
maka sebaik-baiknya berdiam diri sahaja.
Sesungguhnya perbualan dan percakapan antara seseorang
dengan seseorang akan menjadi bertambah rancak dan semakin
berlarutan sekiranya ia mendapat sambutan dari kedua-dua
belah pihak. Tetapi segera dapat dihentikan apabila sebelah
sahaja yang bercakap. Kita juga tidak digalakkan bertanya
khabar tentang hal-hal yang berkaitan dengan peribadi
kawan apa yang dia buat, ke mana yang ia hendak pergi,
makan lauk apa hari ini, berapa yang ia dapat dan sebagainya
tidak perlu kita ambil tahu. Pertanyaan seperti di atas
boleh menimbulkan masalah-masalah tertentu.
Boleh jadi ia berada dalam keadaan tersepit. Boleh jadi
ia malu dan mungkin ia akan bercakap bohong pula dengan
kita demi untuk menjawab segala soalan yang dikemukakan.
Oleh itu jangan sekali-kali kita bersikap seperti mata-mata
gelap terhadap kawan kita. Apabila terserempak dengan
kawan di jalanan atau kita melihat dia sedang melakukan
sesuatu perkara maka elakkanlah diri dari mendekatinya.
Perbuatan yang demikian boleh mengganggu tumpuannya dalam
menjalankan perkara maka elakkanlah diri dari mendekatinya.
Perbuatan yang demikian boleh mengganggu tumpuannya dalam
menjalankan tugasnya. Mungkin juga ia sendiri tidak begitu
suka untuk memberitahu kerja-kerjanya kepada kita. Kita
juga tidak digalakkan menceritakan rahsia kawan yang diberitahu
kepada kita kepada kawan kita yang lain. Kadang- kadang
kawan kita merasa begitu percaya kepada kita hingga ia
sanggup mencurahkan rahsianya kepada kita. Adalah menjadi
tanggungjawab kita memelihara rahsia tersebut daripada
menceritakannya kepada kawan kita yang lain. Kita hendaklah
berdiam diri. Sesungguhnya perkara rahsia perlu dijaga
amanahnya. Tuhan yang empunya rahsia meletakkan harapan
yang besar sekali kepada kita supaya menjaga rahsia tersebut.
Oleh itu janganlah rahsia itu diheboh-hebohkan. Mungkin
rahsia tersebut diberitahu kepada kita kerana ia memerlukan
bantuan dan pertolongan samada bantuan mental atau fizikal
daripada kita. Seseorang itu akan dianggap sebagai tidak
pandai menggunakan lidahnya apabila rahsia yang begitu
kemas yang diberi kepercayaan kepada kita itu dibocorkan.
Sesungguhnya lidah adalah satu nikmat kurniaan Allah s.w.t.
Membocorkan rahsia orang boleh dianggap sebagai satu perbuatan
yang menyalahgunakan nikmat lidah. Sekiranya kita tidak
suka seseorang itu mengetahui rahsia kita maka orang lain
juga tidak suka rahsianya didedahkan. Tetapi rahsia itu
diberitahu kepada kita dengan harapan kita dapat membantunya
mengatasi kesulitan yang dihadapinya. Rahsia tetap rahsia.
Ia tidak boleh diceritakan kepada sesiapa pun hatta kepada
kawan yang dekat sekali dengan tuan punya rahsia tadi.
Tak usahlah kita menunjukkan kebaikan kita kepada seseorang
dengan menceritakan rahsia orang lain kepadanya - kononnya
untuk berkongsi rahsia dengannya. Perkara ini biasanya
terjadi kepada sepasang suami isteri. Apabila kita pergi
ke kedai, kawan kita menceritakan rahsianya kepada kita.
Kita tidak digalakkan menceritakan rahsia tersebut kepada
isteri kita apabila tiba dirumah kelak. Ini bertujuan
untuk mengelak daripada rahsia tersebut terbongkar dan
tersebar luas. Mengikut kebiasaannya, sesuatu perkara
itu dianggap sebagai rahsia apabila ianya tidak baik.
la boleh diumpamakan sebagai sampah. Sampah biasanya dibakar
atau ditanam. Begitu juga halnya dengan rahsia. Rahsia
hendaklah disimpan dengan rapi dan tidak boleh dipecahkan.
Kata orang tua-tua "biar pecah diperut, jangan pecah
dimulut". Apabila sesuata rahsia itu diceritakan
kepada orang lain maka ia akan merebak dan membesar dengan
lebih luas lagi. Akhirnya ia tidak boleh dianggap sebagai
satu rahsia lagi. Selain daripada itu, agama Islam juga
menegah seseorang mendedahkan rahsia orang dulunya menjadi
kawan karib tetapi ianya telah bertukar menjadi musuhnya
pula. Sekiranya kita berbuat demikian maka ini menunjukkan
bahawa kita memiliki hati yang busuk dan mempunyai peribadi
yang tidak baik - 'perut huduh'. Kita juga dilarang mencaci
maki anak buah seseorang dan menceritakan apa yang orang
lain beritahu kepada kita tentang keburukan seseorang.
Memang kita tidak mampu untuk menyekat rahsia itu diceritakan
kepada kita tetapi biarlah cerita itu tamat setakat kita
sahaja. Jadikan dada kita sebagai kubur - tempat mematikan
rahsia orang. Mengikut kebiasaannya, orang yang mencaci
maki kita selama ini ialah orang yang membawa berita tentang
orang lain kepada kita tempoh hari juga. Dia adalah orang
yang sama yang membawa berita keburukan orang lain kepada
kita dahulu. Oleh itu cubalah elakkan diri dari mendengar
berita keburukan orang lain yang diceritakan oleh seseorang.
Ini adalah di antara keadaan- keadaan yang agama Islam
meminta kia supaya berdiam diri - tidak menggunakan lidah
yang kesemuanya bertujuan untuk menjaga kemuslihatan umum
dan meletakkan masyarakat berada dalam keadaan aman, tenteram
dan penuh harmonis.
Dalam memperkatakan tetang suruhan bercakap benar pula,
maka Islam menyatakan bahawa tidak sayugia seseorang itu
mengambil sikap berdiam diri dan menyembunyikan sesuatu
apabila ia mendengar seseorang memberi pujian dan sanjungan
kepada seseorang yang lain. Menceritakan benda yang baik
kepada seseorang boleh membawa ia berada dalam keadaan
gembira kerana ia mendapat pujian dan gembira juga kerana
berita pujian itu disampaikan kepadanya. Menyembunyikan
pujian seseorang daripada pengetahuannya pula boleh menyebabkan
kita dituduh berdengki kepadanya. Oleh itu adalah tidak
wajar sekali sekiranya kita mengambil sikap berdiam diri
dari memberitahu pujian tadi. Kebiasaannya, apabila seseorang
itu mempunyai perasaan dengki terhadap kawannya maka ia
berusaha sedaya mungkin untuk menjadikan kawannya itu
hidup dalam keadaan susah selalu. Kita juga disuruh menggunakan
lidah - bercakap untuk menyuruh seseorang mengerjakan
kebaikan (makruf) dan melarang daripada menggunakan perbuatan
yang tidak baik (mungkar). Adalah dikira berdosa sekiranya
kita mengambil sikap berdiam diri dalam hal ini. Apabila
tiba waktu sembahyang, maka kita hendaklah mengajak kawan
yang bersama dengan kita itu untuk mengerjakan sembahyang.
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberitahu tentang
dosa-dosa yang akan dihadapi sekiranya ia tidak mengerjakan
sembahyang. Pandai-pandailah kita menggunakan pendekatan
untuk memberitahu kawan kita tadi. Janganlah kita merasa
segan dan malu untuk menggalakkan kawan kita mengerjakan
'makruf' (sembahyang) dan mencegah 'mungkar' (meninggalkan
sembahyang). Nasihatilah ia dan sekiranya kita segan untuk
memarahinya maka berbuatlah apa yang patut. Sesungguhnya
seseorang itu mudah tertarik dengan teguran yang lemah-Iembut
dan tidak kurang pula yang tidak tahan dengan teguran
yang melulu. Sekiranya dilihat secara mendalam maka menyuruh
membuat kerja 'makruf' dan meninggalkan kerja 'mungkar
walau dimarahi oleh kawan kita tadi, pada hakikatnya ia
bolehlah dianggap sebagai budi baik kita kepadanya. Seseorang
ayah yang memarahi anaknya atau seseorang ketua pejabat
yang mengambil tindakan disiplin ke atas pekerjanya, dipandang
dari segi zahir nyata ia adalah satu perbuatan yang membencikan.
Tetapi pada hakikatnya ia adalah satu ihsan - satu budi
daripadanya. Sesungguhnya bahaya lisan (lidah ) itu adalah
besar sekali. Manusia tidak akan selamat dari bahaya ini
melainkan dengan bertutur yang baik sahaja. Dalam hal
ini Rasulullah bersabda yang mafhumnya:- 'Barang siapa
beriman kepada Allah s.w.t dan Hari Akhirat maka berkatalah
yang baik atau pun diam sahaja'.
Bidalan Melayu juga ada mengatakan tentang bahaya lidah
ini. Antaranya ialah: Sebab pulut santan binasa, sebab
mulut badan merana. Oleh itu berhati-hatilah dalam mengharungi
liku-liku hidup seharian. Awasilah pertuturan dan percakapan
pada setiap masa dan waktu. Jagalah lidah kecuali bila
berkata yang baik. Dengan berlaku demikian kita akan dapat
mengalahkan syaitan serta akan rnenjadi rnanusia yang
senang di dunia dan bahagia pula di akhirat.
|