BERKAT
REZEKI KERANA SEDEKAH
Kekayaan
tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya
keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah
banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan
dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam
kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi
tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap
di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas
Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu
menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi
keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'.
Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam
rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Cara
untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1.
Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2.
Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3.
Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4.
Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan
berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5.
Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap
hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah
akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6.
Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan
pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui
tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri
dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang
yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita
sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7.
Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian
wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan
syiar Islam.
8.
Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini
jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
9.
Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia
untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
10.
Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga
melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%)
daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan.
Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri
sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan
yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan
dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak.
Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan
orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang
Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh
umat Islam berdosa.
11.
Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam
satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa
terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia
di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti
kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah.
Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan
hartanya (lokek)'
Orang
yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan
akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat,
sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain,
nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah
biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa
sebagaimana air memadam api.
Sedekah
walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan
digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
Sekiranya
dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki
yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah
digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang
telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah
akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan
harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber
yang kita tidak ketahui.
Sekian,
wallahualam. Semoga yang baik datang daripada Allah dan
yang buruk dari kesilapan sendiri.
|