12
Azab bagi mereka yang meninggalkan Solat
Dalam
sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah
bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara
berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan
yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya
semasa di dunia ini antaranya :-
1.Allah
S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu
juga terhadap rezekinya.
2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga
macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya
:
1.Roh
dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun
ia telah meminum seluruh air laut.
2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga
macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam
kubur, antaranya :-
1.Dia
akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar
dan nakir yang sangat menggerunkan.
2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya
berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga
lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
1.
Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
|