Amalan Ayat Kursi
Ayat
ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah
diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan
kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang
dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera
memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.
* Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap
kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang,
setiap kali keluar masuk rumah
atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas
yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak,
harta bendanya juga akan terpelihara dengan
izin Allah s.w.t.
* Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah"
sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan
dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan
darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya
serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
* Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya
sebanyak
50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta
memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk
amalan kita semua.....Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut
Hadis-Hadis
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,
Allah hilangkan
segala kefakiran didepan matanya.
* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi
12 kali pada
pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua
rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan
pembesar."
* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat
pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan
syaitan.
* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar
daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng
yang
kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika
dalam perjalanannya.
* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah,
boleh
menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama
anda
menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100
kali,
insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada
gangguan lahir dan batin.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring
di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang
yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,
tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan
barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan
dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 disekitarnya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap
sembahyang
Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
perbuatan2
orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya
rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka
Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan
dan
mendoakan baginya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah azza
wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah
seperti
orang
yang perperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam
kesempitan
nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
Dari
Abdullah bin 'Amr r.a.
Rasullullah s.a.w. bersabda, "SAMPAIKANLAH PESANKU
BIARPUN SATU PERKATAAN"
~Sesungguhnya
Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata
kerana
Allah SWT~
|