Ahli Syurga Yang Paling Rendah Kedudukannya Di Dalam Syurga...
Hadis
Jabir bin Abdullah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Az-Zubair r.a katanya: Bahawa
beliau pernah mendengar Jabir bin Abdullah r.a ditanya
tentang kebangkitan di akhirat. Maka beliau berkata: Kita
dibangkitkan pada Hari Kiamat begini dan begini. Lihatlah!
Ertinya: Kedatangan manusia itu mengikut darjat masing-masing.
Lalu dipanggil umat-umat dengan berhalanya dan apa yang
mereka sembah suatu ketika dahulu, secara berturutan.
Setelah itu, Tuhan datang kepada kita lalu berfirman:
Siapakah yang kamu tunggu? Maka mereka pun menjawab: Kami
menunggu Tuhan kami. Allah berfirman: Akulah Tuhan kamu.
Mereka akan berkata: Sehingga kami melihatMu dulu. Terserlah
pada mereka Tuhan tertawa. Lalu Dia membawa mereka dan
mereka pun mengikuti-Nya. Setiap seorang di antara mereka
samada munafik atau mukmin akan diberi nur iaitu cahaya.
Kemudian mereka mengikuti cahaya tersebut melalui jambatan
Neraka Jahanam, terdapat besi-besi pengait dan berduri
yang boleh meragut sesiapa saja yang dikehendaki oleh
Allah. Kemudian nur iaitu cahaya orang-orang munafik padam,
sedangkan orang-orang mukmin selamat. Selamatlah rombongan
pertama yang terpancar pada wajah mereka bagaikan bulan
purnama seramai tujuh puluh ribu orang tanpa dihisab.
Kemudian orang-orang berikutnya seperti terangnya bintang-bintang
di langit, demikianlah seterusnya.
Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun meminta syafaat,
sehingga mereka dapat mengeluarkan dari Neraka sesiapa
yang melafazkan: áóÇ Åöáóåó
ÅöáøóÇ Çááøóåõ
dan di hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum.
Mereka akan ditempatkan di halaman Syurga lalu Ahli Syurga
akan memercikkan mereka dengan air sehinggalah daging
mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu tumbuhan selepas
banjir dan hilanglah hangusnya.
Kemudian dia iaitu orang terakhir meminta, sehingga diberikan
kepadanya dunia dengan sepuluh kali ganda Nombor Hadis
Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 278
Dan
Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan
kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga
menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu
terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari
limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan
tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah)
tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan
agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam
Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
(Al-Isra':12)
|