Adab Berpindah Ke Rumah Baru ...
oleh
Ustaz Mohd Murat Md Aris
SETIAP
kita akan berasa ghairah, gembira dan bersyukur apabila
berpindah ke rumah baru. Berbagai persiapan dibuat, terutama
sekali di dalam mengubah-elok rumah agar ia kelihatan
luas, selesa, kemas dan cantik di pandang - dalam erti
kata lain, mahu rumahnya indah bagaikan 'istana'!
Dalam
pandangan Islam, ia bukanlah satu perkara yang bersalahan
bagi seseorang itu memiliki rumah yang besar dan cantik,
asal saja perbelanjaan untuk menghiasinya tidak berlebihan
sehingga kepada peringkat melampau atau membazir. Soalnya,
apakah ciri-ciri yang harus diberi pertimbangan?
Sebagai
orang Islam, kita harus sesuaikan setiap apa yang kita
lakukan supaya berlandaskan pada ajaran Islam. Antara
ciri-ciri yang boleh diambil kira ialah:
luas,
bersih dan kemas
terpelihara aurat si penghuni (umpamanya kedudukan pintu
bilik tidur dan tandas) ruang tamu yang memisahkan di
antara lelaki dan wanita
ruang belajar dan perpustakaan kecil yang selesa, dan
sebagainya
Sekiranya berpeluang untuk memilih unit rumah yang akan
dibeli, mungkin beberapa faktor luaran dan dalaman lain
boleh diambil kira, termasuklah di antaranya:
kedudukan bilik-bilik di bahagian dalam rumah tidak terdedah
depada penglihatan orang yang lalu lalang di luar, terutama
sekali tingkap bilik dan dapur
usahakan, jika boleh, agar dapat jiran yang mententeramkan,
sebagaimana sepotong kata-kata hikmat yang masyhur di
kalangan kita: "Lihatlah dahulu siapakah yang bakal
menjadi jiran sebelum memilih rumah".
Ketika berpindah rumah pula, ramai di antara kita yang
mungkin tidak tahu apakah ynag baik dilakukan ketika mereka
pertama kali memasuki rumah tersebut.
Berbagai cara yang dilakukan oleh masyarakat Islam kita.
Ada yang terus mendiami rumah itu dan kemudian mengadakan
jamuan dengan membaca doa selamat. Ada yang menkhatam
Quran (membaca seluruh Al-Quran secara bergilir). Ada
pula yang mengadakan 'house warming'. Tulisan ayat Al-Quran
juga biasa digantung di pintu dan dinding rumah.
Terdapat
juga segilintir masyarakat kita yang masih mengamalkan
adat lama dengan mengadakan upacara 'menyemah rumah' yang
kadangkala tidak sesuai dengan ajaran agama. Ada yang
meletakkan sesuatu barang atau 'tangkal' di atas pintu
rumah. Misalnya daun-daun berduri, belangkas atau kuda
laut.
Antara
perkara yang sepatutnya diamalkan, sesuai dengan ajaran
agama dan sunnah Rasulullah saw, apabila memasuki rumah
baru, termasuklah:
Azan
Para ulama berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan
azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Ia juga
baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak
dihuni oleh sesiapa; ada yang berpendapat sekiranya ia
dikosongkan lebih daripada empat puluh hari; ada pula
yang berpandangan sekiranya ia di kosongkan lebih daripada
lima belah hari.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu
bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan
(tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus
(jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal
di rumah yang tidak berpenghuni. Dalam hadis yang lain
pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika
azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri......"
Membaca Surah Al-Baqarah sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Jangan la kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya
untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah
yang dibacakan Surah Al-Baqarah".
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah saw juga menggalakkan
agar:
Memperbanyak salat dan membaca Al-Quran di dalam rumah
Baginda bersabda yang bermaksud "Sinarilah rumahmu
dengan memperbanyak salat dan membaca Al-Quran" (Hadis
riwayat Al-Baihaqi) Sedapat mungkin, digalakkan juga agar
dilaungkan azan pada setiap waktu salat dan bersalat jemaah.
|