7 perkara ganjil
Terdapat
seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri
kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda
tersebut berjumpa
dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya
dan
keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dia berkata,
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri
kain kafan, aku telah
melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat
tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku
yang sangat keji
itu dan ingin sekali bertaubat."
"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada
siang harinya menghadap
kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya
pada waktu
malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan
kiblat. Mengapa
terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda
itu.
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan
yang telah mensyirikkan
Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah
s.w.t. menghinakan
mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap
kiblat, bagi
membezakan mereka daripada golongan muslim yang
lain," jawab ahli
ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua,
aku lihat wajah
mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke
dalam liang lahad.
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka,
ku lihat wajah
mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa
begitu halnya,
wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda,
mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat
sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama
sekali dihisab.
Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan
kita yang
lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru,
golongan yang ketiga
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan
seperti biasa
sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu
malam, kulihat
perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang
terlalu banyak
daripada perutnya itu."
"Mereka itulah golongan yang gemar memakan
harta yang haram, wahai
anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
"Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya
bertukar menjadi
batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi
begitu, wahai tuan
guru?"
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah
golongan manusia yang
derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya
Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia
yang
menderhakai ibu bapanya."
"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat
panjang, hingga
membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala
isi dari tubuh
badannya" sambung pemuda itu.
"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar
memutuskan
silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan
pertengkaran
dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari.
Bukankah Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak
bertegur sapa
melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan
umat baginda,"
jelas ahli ibadah tersebut.
"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku
lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika
aku menggali semula
kubur itu, kulihat mayat tersebut terapung dan
lahadnya dipenuhi
air hitam yang amat busuk baunya,"
"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan
harta riba sewaktu
hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
"Wahai guru, golongan yang terakhir yang
aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya.
Mengapa
demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda
itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda,
mereka itulah golongan
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula
dengan ilmunya
sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh
keredhaan dan
kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya
mahupun
sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita
datang dan
kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan
dipertanggungjawabkan
atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan
sebesar zarah.
Wallahua'lam.
|