10 sebab mengapa doa itu ditolak...
Berdoalah
padaku nescaya aku aku akan mengabulkan doamu".
Begitulah firman Allah kepada hambanya,tapi tahukah kita
bahawa ada sepuluh sebab kenapa doa itu di tolak menurut
ahli sufi antara sebab-sebabnya ialah;
1. Kamu mengaku mengenali Allah tetapi kamu tidak memenuhi
hakNya .(Mengikut segala suruhan dan meninggalkan laranganya)
2. Kamu mengaku mencintai Rasulullah but kamu tidak pernah
mengikuti sunahnya.
3. Kamu membaca al-Quran but kamu tidak mengamalkan isi
kandungannya .
4. Kamu mengaku bahawa syaitan adalah musuh kamu but kamu
patuh pdnya.
5. Kamu berdoa memohon dijauhkan api neraka but kamu mendekatinya
dgn selalu membuat maksiat
6. Kamu berdoa semoga dimasukkan dlm syurga but kamu tidak
berusaha utknya
7. Kamu mengetahui bhw kematian itu pasti tetapi kamu
tidak bersiap sedia utknya .
8. Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu but kamu tidak
melihat keaiban diri kamu sendiri.
9. Kamu memkn segala rezeki dan nikmat Allah but kamu
tidak mahu mensyukurinya.
10. Kamu mengebumikan orang yg meninggal dunia but kamu
tidak mengambil iktibar darinya.
Lihatlah kawan-kawan sekalian mari kita renungkannya ,adakah
kita tergolong di dlm golongan di atas,Jangan kita salahkan
sesiapa sekiranya doa kita tidak dimakbulkan kerana ianya
adalah berpunca dari diri kita sendiri yang leka ,lemah
dan cuai dgn kelalaian yang kita cipta sendiri ,moga Allah
merahmati hidup kita Amin…
|