Zakat...


Assalam'ualaikum wbr

Zakat adalah hak Allah S.W.T yang wajib dikeluarkan oleh individu muslim untuk diagihkan kepada orang-orang tertentu.mereka yang berhak menerima zakat ialah asnaf yang lapan iaitu fakir,miskin,amil,muallaf,hamba sahaya,orang yang berhutang kerana mendamaikan dua pihak yang bergaduh,orang yang berjuang ke jalan Allah S.W.T dan musafir yang diharuskan oleh syarak.

Kalimah zakat berasal dari bahasa Arab.menurut syarak ia bererti mengeluarkan sebahagian (kadar tertentu),seperti yang telah ditetapkan oleh syarak dengan syarat-syarat tertentu.Zakat sebagai rukun Islam.Sesiapa yang mengingkari kewajipannya boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.Manakala zakat yang telah memenuhi syarat-syaratnya wajib ditunaikan jika tidak dilakukan adalah berdosa dan boleh menyebabkan sebuah masyarakat itu ditimpa bala dan azab.

Hikmat dan kelebihan zakat apabila ditunaikan,kebaikan akan kembali kepada diri sendiri.masyarakat dan negara.Diantaranya Allah S.W.T menjelaskankan melalui firmanya yang bermaksud :

"Pungutlah zakat dari sebahagian harta mereka untuk dijadikan sedekah supaya denganya engkau dapat membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)dan doakanlah untuk mereka keranas sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah amat mendengar lagi amat mengetahui."

Marilah kita tunaikan kewajipan zakat supaya kita tergolong dalam golongan orang yang bersih jiwanya serta dapat membangunkan masyarakat dan negara amnya...!

Rasulullah s.a.w bersabda :

" Tidak sempurna iman seseorang dari kamu,kecuali jika mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri "

Agamaku Homepage ® Moderator