MEREKA YANG CERDIK IALAH....


Mereka yang cerdik bukanlah mereka yang pandai melepaskan diri dari ditangkap selepas melakukan sesuatu jenayah, bukan juga mereka yang berjaya mendapat 'A' di dalam semua mata pelajaran di dalam sesuatu peperiksaan, bukan juga mereka yang mampu mencipta virus baru yang berjaya merosakkan sistem komputer di seluruh dunia, bukan juga pakar-pakar yang memiliki ijazah kedoktoran di dalam bidang sains tetapi meragui kewujudan Tuhan Pencipta alam dan bukan juga mereka yang berjaya menjadi jutawan serta memiliki seribu satu kesenangan dan kemudahan di muka bumi ini. Sebaliknya
mereka yang cerdik ialah mereka yang sentiasa bersiap sedia untuk
menghadapi akhirat. Nabi s.a.w. telah bersabda:

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih." (Tarmuzi)

Agamaku Homepage ® Moderator