Renungan - Siapakah orang itu?


Siapakah orang yang sombong

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran
itu.

Siapakah orang yang bakhil

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk
membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.


Siapakah orang yang buta

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan
kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik
namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman
a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang
bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan
dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya
kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk
dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan
halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua
syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian
itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

 

Agamaku Homepage ® Moderator