Ibadah


IBADAH UTAMA YANG SERING DIABAIKAN

Aisyah r.a. telah berkata: “Sesungguhnya kamu telah melupakan ibadah yang pailng utama iaitu wara."(Ihya Ulumuddin bab ‘Keutamaan Yang Halal dan Kejelikan Yang Haram' 2:527)......... Wara bermaksud: ‘menjauhkan diri dari sesuatu yang dilarang oleh agama.’

IBADAH DITOLAK TANPA WARAK

Dari Abdullah ibn Omar r.a.: “Sesungguhnya jika kamu bersolat sehingga badanmu menjadi melengkung seperti busur panah dan berpuasa sehingga kamu menjadi kurus kering seperti anak panah, ia tidak akan diterima melainkan dengan warak yang mendinding."................ Warak bermaksud: ‘menjauhkan diri dari sesuatu yang dilarang oleh agama.’
(Dari Ihya Ulumuddin bab ‘Keutamaan Yang Halal dan Kejelikan Yang Haram' 2:527)

SAAT ORANG BERILMU MENJADI BODOH

Muslim bin Yassar telah berpesan: "Peliharalah dirimu dari asyik berbantah-bantahan kerana itulah saat orang berilmu menjadi bodoh. Pada saat itulah syaitan berusaha agar dia tergelincir."................
(Dari Ihya Ulumuddin bab ‘Bahaya Lidah' 4:303)

SUAMI YANG BAIK - BUKAN HANYA PANDAI CAKAP AGAMA

Seorang lelaki telah bertanya kepada Imam Hasan Al-Basri berhubung sifat-sifat lelaki yang baik yang boleh dijadikan menantunya. Berkata Iamam Al-Hasan: “Pilihlah lelaki yang bertakwa kepada Allah kerana apabila dia mencintai isterinya dia akan memuliakannya dan ketika dia memarahi isterinya dia tidak akan menganiayainya.” ............... (Dari Ihya Ulumuddin bab ‘Adab Nikah' 2:410)

BINATANG BUAS DI DALAM DIRI

Ibn Thaus berkata: "Lidahku umpama binatang buas. Apabila aku lepaskannya, dia akan membaham diriku." Imam Hasan Al-Basri pula telah berpesan: "Tidak memahami agama mereka yang tidak menjaga lidahnya." ............... (Dari Ihya Ulumuddin bab ‘Bahaya Lidah' 4:289)

 

Agamaku Homepage ® Moderator