Perkara-perkara yg membatalkan keislaman...
Jabatan
Hal Ehwal Kajian, petua, dakwah dan bimbingan agama yang
diketuai oleh Sheikhna wa Ustadzna al Syeikh ABDUL AZIZ
BIN BAZ dalam risalahnya kepada jemaah haji telah memberi
amaran tentang
perkara-perkara yang membatalkan Islam dengan katanya:
Ketahuilah
wahai saudara se Islam, bahawa ada beberapa perkara yang
membatalkan Islam dan yang paling banyak berlaku ialah
sepuluh perkara, maka jauhilah daripadanya. Perkara-perkara
tersebut ialah:
1.
Syirik (mempersekutukan) Allah s.w.t. dalam beribadat.
Firman
Allah s.w.t.: Maksudnya:
"Sesungguhnya
orang-orang yang syirik (mempersekutukan) Allah nescaya
Allah akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya
kelak adalah neraka, dan tiada seorang penolong pun bagi
orang-orang yang zalim." (Surah Al Maidah: Ayat 72)
Dan
di antara perbuatan syirik itu ialah berdoa dan meminta
pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu
juga bernazar dan menyembelih qurban kerana mereka.
2.
Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan di antara dirinya
dengan
Allah s.w.t. dengan berdoa dan meminta syafa'at serta
bertawakkal kepada perantaraan itu. Yang melakukan hal
tersebut menurut Ijma' (sepakat) Ulama' adalah kafir.
3.
Tidak mengkafirkan orang-orang musyrikin atau ragu akan
kekafiran mereka, atau membenarkan faham (ideologi) mereka,
dengan demikian dia telah kafir.
4.
Barangsiapa yang beri'tiqad bahawa petunjuk yang lain
daripada
Nabi s.a.w. itu lebih sempurna atau hukum ciptaan orang
lain daripada Nabi s.a.w. lebih baik seperti mereka mengutamakan
hukum thoghut (orang yang melampaui batas Allah s.w.t.)
lebih daripada hukum Rasulullah s.a.w. maka dia menjadi
kafir, contohnya ialah:
i.
Beri'tiqad bahawa peraturan-peraturan dan undang-undang
yang
dicipta oleh manusia lebih afdhal daripada syari'at Islam,
atau nidzam Islam itu tidak sesuai dipraktikkan di abad
ke 20 ini. Atau menganggap Islam menjadi sebab kemunduran
kaum muslimin. Atau mengongkong Islam di sekitar hubungan
manusia dengan Tuhannya sahaja tanpa dimasukkan dalam
urusan kehidupan yang lain.
ii.
Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah s.w.t. dalam
memotong tangan pencuri ataupun merejam orang yang berzina
(yang telah kahwin) tidak sesuai lagi di zaman kini.
iii.
Beri'tiqad dengan dibolehkan beramal dengan hukum-hukum
yang
lain daripada hukum Allah s.w.t. didalam mu'amalah syaritat,
atau hukum hudud atau lainnya sekalipun tidak beri'tiqad
bahawa hukum-hukum tersebut lebih baik daripada syari'at
Islam. Kerana dengan demikiah dia telah menghalalkan apa
yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. menurut Ijma'
(sepakat) sedangkan sesiapa yang menghalalkan apa yang
diketahui umum akan haramnya seperti zina, arak, riba'
dan berhukum dengan yang lain daripada syari'at Allah
s.w.t. maka dia menjadi kafir dengan Ijma' Muslimin.
5.
Sesiapa yang benci akan sesuatu yang telah dibawa oleh
Rasulullah
s.a.w. walaupun orang itu beramal dengannya maka dia telah
menjadi
kafir, kerana firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
"Demikian
itu adalah kerana mereka itu benci terhadap apa yang
diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala)
segala amal
mereka." (Surah Muhammad: Ayat 9)
6.
Sesiapa yang mempersenda-sendakan terhadap sesuatu daripada
ajaran Rasulullah s.a.w. atau terhadap pahala atau balasan
siksaNya maka dia menjadi kafir, kerana Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya:
"Katakanlah
(wahai Muhammad) adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya
dan Rasul-Nya kamu mempersenda-sendakan? Tiada makna kamu
meminta uzur (maaf) kerana kamu telah menjadi kafir setelah
beriman." (Surah At Taubah: Ayat 65-66)
7.
Sihir, di antaranya ilmu guna-guna yakni mengubah kecintaan
seseorang suami terhadap isterinya sehingga menjadi benci.
Begitu juga ilmu pengasih yakni menjadikan seseorang itu
mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara
syaitan, maka sesiapa yang melakukannya atau redha dengannya
maka dia menjadi kafir, kerana firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
"Sedangkan
kedua-dua Malaikat itu tidak mengajarkan sihir kepada
seseorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami
hanyalah cubaan bagimu", sebab itu maka janganlah
kamu kafir." (Surah Al Bagarah: Ayat 102)
8.
Membantu dan menolong orang-orang musyrikin untuk menentang
orang-orang Islam, kerana Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya:
"Wahai
orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu mengambil
mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin maka dia
termasuk dalam golongan mereka, sesungguhnya Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Maidah: Ayat 51)
9.
Sesiapa yang beri'tiqad sebahagian manusia dibolehkan
tidak
mengikut akan syariat Nabi Muhammad s.a.w. maka menjadi
kafir, kerana firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
"Barangsiapa
menghendaki selain Islam sebagai agama (ad deen) maka
tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia
termasuk di
kalangan orang-orang yang rugi." (Surah Ali Imran:
Ayat 85)
10.
Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah s.w.t. atau
daripada perkara-perkara yang menjadi syarat mutlak kepada
sahnya Islam tanpa mempelajarinya atau tanpa beramal dengannya,
kerana firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
"Tiadakah
yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapatkan
peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling
daripadanya, sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan
kepada orang-orang yang berdosa." (Surah As Sajdah:
Ayat 22)
"Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang
diperingatkan
kepada mereka." (Surah Al Mukminun: Ayat 71)
Tidak
ada beza dalam perkara yang membatalkan Islam ini dari
segi
hukumnya di antara bermain-main dan bersungguh-sungguh,
sengaja
melanggar atau kerana takut kecuali kerana dipaksa:
Kami
memohon perlindungan dari Allah dari perkara-perkara mewajibkan
kemurkaanNya dan kepedihan azabNya.
|