Amalan Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah
diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang
dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.
* Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah
atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan
izin Allah s.w.t.
* Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya
serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
* Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak
50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta
memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan
segala kefakiran didepan matanya.
* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada
pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat
pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar
daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang
kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika
dalam perjalanannya.
* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh
menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda
menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,
insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada
gangguan lahir dan batin.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 disekitarnya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang
Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2
orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan
dan
mendoakan baginya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang
yang perperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Dari Abdullah bin 'Amr r.a.
Rasullullah s.a.w. bersabda, "SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU PERKATAAN"

~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana
Allah SWT~

 


Agamaku Homepage ® Moderator