Make your own free website on Tripod.com
 

Adab Berpindah Ke Rumah Baru ...


oleh Ustaz Mohd Murat Md Aris

SETIAP kita akan berasa ghairah, gembira dan bersyukur apabila berpindah ke rumah baru. Berbagai persiapan dibuat, terutama sekali di dalam mengubah-elok rumah agar ia kelihatan luas, selesa, kemas dan cantik di pandang - dalam erti kata lain, mahu rumahnya indah bagaikan 'istana'!

Dalam pandangan Islam, ia bukanlah satu perkara yang bersalahan bagi seseorang itu memiliki rumah yang besar dan cantik, asal saja perbelanjaan untuk menghiasinya tidak berlebihan sehingga kepada peringkat melampau atau membazir. Soalnya, apakah ciri-ciri yang harus diberi pertimbangan?

Sebagai orang Islam, kita harus sesuaikan setiap apa yang kita lakukan supaya berlandaskan pada ajaran Islam. Antara ciri-ciri yang boleh diambil kira ialah:

luas, bersih dan kemas
terpelihara aurat si penghuni (umpamanya kedudukan pintu bilik tidur dan tandas) ruang tamu yang memisahkan di antara lelaki dan wanita
ruang belajar dan perpustakaan kecil yang selesa, dan sebagainya
Sekiranya berpeluang untuk memilih unit rumah yang akan dibeli, mungkin beberapa faktor luaran dan dalaman lain boleh diambil kira, termasuklah di antaranya:
kedudukan bilik-bilik di bahagian dalam rumah tidak terdedah depada penglihatan orang yang lalu lalang di luar, terutama sekali tingkap bilik dan dapur
usahakan, jika boleh, agar dapat jiran yang mententeramkan, sebagaimana sepotong kata-kata hikmat yang masyhur di kalangan kita: "Lihatlah dahulu siapakah yang bakal menjadi jiran sebelum memilih rumah".
Ketika berpindah rumah pula, ramai di antara kita yang mungkin tidak tahu apakah ynag baik dilakukan ketika mereka pertama kali memasuki rumah tersebut.

Berbagai cara yang dilakukan oleh masyarakat Islam kita. Ada yang terus mendiami rumah itu dan kemudian mengadakan jamuan dengan membaca doa selamat. Ada yang menkhatam Quran (membaca seluruh Al-Quran secara bergilir). Ada pula yang mengadakan 'house warming'. Tulisan ayat Al-Quran juga biasa digantung di pintu dan dinding rumah.

Terdapat juga segilintir masyarakat kita yang masih mengamalkan adat lama dengan mengadakan upacara 'menyemah rumah' yang kadangkala tidak sesuai dengan ajaran agama. Ada yang meletakkan sesuatu barang atau 'tangkal' di atas pintu rumah. Misalnya daun-daun berduri, belangkas atau kuda laut.

Antara perkara yang sepatutnya diamalkan, sesuai dengan ajaran agama dan sunnah Rasulullah saw, apabila memasuki rumah baru, termasuklah:

Azan Para ulama berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa; ada yang berpendapat sekiranya ia dikosongkan lebih daripada empat puluh hari; ada pula yang berpandangan sekiranya ia di kosongkan lebih daripada lima belah hari.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri......"
Membaca Surah Al-Baqarah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Jangan la kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah".

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah saw juga menggalakkan agar:
Memperbanyak salat dan membaca Al-Quran di dalam rumah Baginda bersabda yang bermaksud "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak salat dan membaca Al-Quran" (Hadis riwayat Al-Baihaqi) Sedapat mungkin, digalakkan juga agar dilaungkan azan pada setiap waktu salat dan bersalat jemaah.

 

Agamaku Homepage ® Moderator